[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Gempa kuat dengan magnitud 6.4 melanda China

Astro Awani 03/07/2015 | 02:50 MYT
Gempa berlaku di wilayah pedalaman Xinjiang di pinggir gurun Taklamaka yang tidak berpenghuni.
Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.4 melanda China hari ini.
Menurut kenyataan di laman web Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku di wilayah pedalaman Xinjiang di pinggir gurun Taklamaka.
Terdahulu, USGS meletakkan kekuatan gempa pada 6.1 dengan anggaran kedalaman 10 kilometer.
Pusat Rangkaian Gempa Bumi China dalam pada itu meletakkan kekuatan gempa pada magnitud 6.5.
#China #gempa bumi #magnitud #taklamaka