Gempa kuat sekali lagi landa Afghanistan

Astro Awani
Oktober 11, 2023 02:00 MYT
Penduduk Herat ketika mengebumikan ratusan mangsa korban di daerah Zanda Jan, Herat. - Foto AP
HERAT: Wilayah di barat Afghanistan yang dilanda gempa kuat dan meragut nyawa lebih 2,000 penduduk telah dilanda gempa kuat sekali lagi pada Rabu.
Gempa berukuran 6.3 magnitud berlaku kira-kira 28 kilometer (km) dari pusat bandar wilayah Herat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Sabtu lalu, gempa bumi yang melanda 40km dari pusat bandar Herat juga berukuran 6.3 magnitud dan diikuti beberapa gempa susulan kuat.
Pihak berkuasa Taliban memaklumkan lebih 2,000 orang di Herat terkorban dalam kejadian pertama itu.
#gempa bumi #gempa susulan #USGS #Herat