DUNIA

Gempa magnitud 4.4 gegar Tasikmalaya

Astro Awani 01/09/2025 | 04:00 MYT
Gempa bumi bermagnitud 4.4 berlaku di laut, 112 km barat daya Tasikmalaya pada kedalaman 28 km, berpunca daripada aktiviti sesar bawah laut. -Foto X BMKG
TASIKMALAYA: Gempa bumi bermagnitud 4.4 menggegarkan wilayah Tasikmalaya, Jawa Barat, pada awal pagi Isnin, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.


Ringkasan AI
  • Gempa bumi bermagnitud 4.4 berlaku di laut, 112 km barat daya Tasikmalaya pada kedalaman 28 km, berpunca daripada aktiviti sesar bawah laut.
  • Tiada ancaman tsunami dilaporkan dan gegaran ringan dirasai di kawasan seperti Pamengpeuk dan Pangandaran.
  • Pihak berkuasa telah mengaktifkan pasukan pemantauan dan bersedia menghadapi sebarang kecemasan.


Gempa berlaku pada jam 6.04 pagi waktu Indonesia Barat, pada kedalaman 28 kilometer.

Pusat gempa dikesan di laut, kira-kira 112 kilometer barat daya dari Kabupaten Tasikmalaya, pada koordinat 8.15° Lintang Selatan dan 107.62° Bujur Timur.

BMKG memaklumkan bahawa gempa tersebut berpunca daripada aktiviti sesar bawah laut dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan besar diterima daripada pihak berkuasa tempatan. Gegaran ringan turut dirasai di beberapa kawasan sekitar termasuk Pamengpeuk dan Pangandaran.

Pihak berkuasa tempatan telah mengaktifkan pasukan pemantauan dan bersedia memberi bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

Tasikmalaya merupakan antara kawasan yang aktif secara seismik di selatan Jawa Barat, dengan beberapa gempa bumi berskala sederhana direkodkan sepanjang tahun ini.







#gempa bumi #tsunami #Tasikmalaya #sesar bawah laut