DUNIA

Gempa magnitud 5.0 gegar pantai barat Taiwan

Astro Awani 20/09/2025 | 06:10 MYT
Gempa bumi bermagnitud 5.0 menggegarkan pantai barat Taiwan pada jam 6.56 pagi.
TAIPEI: Satu gempa bumi bermagnitud 5.0 menggegarkan kawasan pantai barat Taiwan pada jam 6.56 pagi Sabtu, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) negara itu.


Ringkasan AI
  • Gempa bumi bermagnitud 5.0 menggegarkan pantai barat Taiwan pada jam 6.56 pagi, berpusat di Selat Taiwan kira-kira 93.9 km dari Kinmen pada kedalaman 17.2 km, tanpa laporan kerosakan atau kecederaan.
  • Gegaran paling kuat direkodkan di Kinmen, Penghu, Changhua, Yunlin dan Chiayi pada tahap 2, manakala kawasan lain seperti Taoyuan, Hsinchu dan Tainan mencatatkan tahap 1 dalam skala intensiti Taiwan.
  • Gempa ini berpunca daripada pertembungan Plat Eurasia dan Plat Laut Filipina, dan merupakan yang terbesar di Selat Taiwan dalam tempoh lebih 30 tahun.


Gempa berpusat di Selat Taiwan, kira-kira 93.9 kilometer ke timur Balai Daerah Kinmen, pada kedalaman 17.2 kilometer.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima.

Menurut CWA, intensiti gegaran paling tinggi direkodkan di Kinmen, Penghu, Changhua, Yunlin dan Chiayi, masing-masing pada tahap 2 dalam skala intensiti tujuh peringkat Taiwan.

Beberapa kawasan lain seperti Matsu, Taoyuan, Hsinchu, Miaoli, Nantou, Taichung dan Tainan mencatatkan intensiti pada tahap 1.

Pakar seismologi CWA, Wu Chien-fu, menjelaskan bahawa gempa tersebut berpunca daripada pertembungan antara Plat Eurasia dan Plat Laut Filipina.

Beliau turut menyatakan bahawa gempa di Selat Taiwan adalah jarang berlaku dan biasanya bersifat cetek, namun tidak mustahil untuk berulang.

Gempa ini merupakan yang terbesar di Selat Taiwan dalam tempoh lebih tiga dekad, menurut laporan media tempatan.









#gempa bumi #Selat Taiwan #Kinmen #Plat Eurasia #Plat Laut Filipina