awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa magnitud 6.4 gegar Papua

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2025
09:24 MYT
Gempa magnitud 6.4 gegar Papua
Gempa bumi berkekuatan magnitud 6.4 melanda wilayah Sarmi, Papua, dengan pusat gempa terletak di laut pada kedalaman 13 kilometer. -Foto USGS
SARMI: Gempa bumi berkekuatan magnitud 6.4 dilapor menggegarkan wilayah Kabupaten Sarmi, Papua, pada petang Selasa.

Ringkasan AI
  • Gempa bumi berkekuatan magnitud 6.4 melanda wilayah Sarmi, Papua pada 12 Ogos 2025, dengan pusat gempa terletak di laut pada kedalaman 13 kilometer.
  • Gegaran dirasai hingga ke Jayapura dan Wamena, namun tiada laporan kerosakan besar atau korban jiwa setakat ini.
  • BMKG mengesahkan gempa tidak berpotensi mencetuskan tsunami dan terus memantau kemungkinan gempa susulan di wilayah seismik aktif tersebut.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Jayapura dan Wamena.
Gempa berlaku pada jam 3.24 waktu Indonesia Barat (WIB), dengan pusat gempa terletak di laut, 27 kilometer tenggara Sarmi, pada kedalaman 13 kilometer.
BMKG memaklumkan kekuatan gempa dirasai pada skala IV–V MMI di Kabupaten Sarmi, manakala di Kota Jayapura dan Wamena, gegaran dirasai pada skala II–III MMI.
#Gempa (UPDATE) Mag:6.4, 12-Agu-25 15:24:24 WIB, Lok:1.90 LS, 138.99 BT (Pusat gempa berada di laut 27 km tenggara Sarmi), Kedlmn:13 Km Dirasakan (MMI) IV-V Sarmi, II-III Kota Jayapura, II-III Kab. Jayapura, II-III Wamena #BMKG pic.twitter.com/B9x6lhoIG9
— BMKG (@infoBMKG) August 12, 2025
Tiada laporan kerosakan besar atau korban jiwa setakat ini, dan BMKG mengesahkan bahawa gempa tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan penduduk agar kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih.
Papua merupakan salah satu wilayah yang aktif secara seismik di Indonesia, dan BMKG terus menjalankan pemantauan rapi terhadap kemungkinan gempa susulan.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Sarmi Papua
#Jayapura dan Wamena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan