awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Turkiye: Lelaki menyamar polis, cuba culik bayi di hospital berjaya ditahan

Fareez Azman
Fareez Azman
16/02/2023
11:04 MYT
Gempa Turkiye: Lelaki menyamar polis, cuba culik bayi di hospital berjaya ditahan
Polis Turkiye berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba menculik seorang bayi di sebuah hospital di Hatay, Turkiye pada Khamis. - Gambar hiasan
HATAY: Polis Turkiye berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba menculik seorang bayi di sebuah hospital di Hatay, Turkiye pada Khamis.
Menurut laporan media antarabangsa, lelaki terbabit dikatakan menyamar sebagai anggota polis dari Daerah Samadag untuk memasuki hospital berkenaan.
Bagaimanapun, kakitangan hospital terbabit menyedari kad pengenalan polis palsu yang digunakan oleh suspek sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Sejurus selepas ditahan, pemeriksaan pada badan suspek menemui beberapa pengenalan palsu polis dan tentera, selain emas serta mata wang Lira, Dolar As dan Euro bernilai lebih 6,500.
Identiti bayi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan oleh pihak hospital.
Menurut Menteri Keluarga Turkiye, Derya Yanik, kira-kira 1,362 kanak-kanak terpisah dengan keluarga mereka selepas kejadian gempa bumi pada 6 Februari lalu.
Manakala lebih tujuh juta kanak-kanak terkesan dalam kejadian gempa di Turkiye dan Syria.
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#Hatay
#culik bayi
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan