ISTANBUL: Pejabat Gabenor Istanbul mengumumkan pelajar di 93 sekolah akan dipindahkan ke lokasi lain pada semester musim bunga bermula semalam.

Menurut kenyataan, setakat 20 Feb, pelajar di 93 sekolah dan institusi pendidikan yang dianggap berisiko akan dipindahkan ke lokasi sekolah yang lebih selamat dengan penyelarasan pejabat gabenor daerah dan direktorat pendidikan negara.

Difahamkan, seramai 51,995 pelajar dan 2,765 guru akan meneruskan pendidikan di "bangunan tahan gempa". 

Kerajaan juga melaporkan antara sekolah yang dibina sebelum gempa Marmara 1999, 769 telah dibina semula manakala 367 yang dirobohkan telah dibina semula selepas 2006.

Sebanyak 87 sekolah lagi telah diubah suai atau dirobohkan dan dibina semula oleh Kementerian Pendidikan dan institusi lain.

Sementara itu, sebanyak 1,223 sekolah telah dibina agar tahan gempa.