DUNIA
Gen Z Nepal desak Parlimen dibubar, sokong Sushila Karki pemimpin interim
Bekas Ketua Hakim Negara Nepal, Sushila Karki. - Gambar/ Reuters
KATHMANDU: Gerakan protes besar-besaran yang digerakkan oleh anak muda Nepal, dikenali sebagai “Generasi Z”, mendesak Parlimen dibubarkan dan memberi sokongan penuh kepada bekas Ketua Hakim Negara wanita pertama, Sushila Karki, untuk memimpin negara untuk sementara.
Tuntutan itu muncul hanya dua hari selepas demonstrasi berdarah memaksa Perdana Menteri meletak jawatan, sekali gus membuka ruang kepada perubahan kepimpinan di negara Himalaya yang terletak di antara India dan China itu.
Sushila Karki, 73, pernah mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2016 sebelum bersara.
Beliau kini muncul sebagai calon utama untuk mengetuai kerajaan sementara, dengan latar belakang undang-undang dan integriti yang tinggi.
“Kita perlukan seorang pemimpin yang matang dan memahami undang-undang. Pada pandangan saya, Sushila Karki adalah pilihan terbaik untuk menjadi penjaga negara,” kata Junal Gadal, seorang pemimpin belia, kepada media.
Menurut Kementerian Kesihatan Nepal, jumlah korban akibat tunjuk perasaan kini meningkat kepada 34 orang, manakala lebih 1,300 lagi dilaporkan cedera.
Keadaan di ibu negara Kathmandu masih tegang. Tentera terus berkawal di jalan-jalan utama, sementara kedai, sekolah dan kolej kekal ditutup. Beberapa perkhidmatan penting bagaimanapun mula beroperasi semula secara berperingkat.