DUNIA
Gencatan senjata berkuat kuasa di Aleppo, Syria selepas pertempuran berdarah
Pasukan tentera Kerajaan Syria dan SDF yang diketuai puak Kurdish mencapai satu perjanjian gencatan senjata, menurut media rasmi pada Selasa, selepas pertempuran yang meragut nyawa dua orang di bandar utara Aleppo. - Foto REUTERS
DAMSYIK: Pasukan tentera Kerajaan Syria dan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai puak Kurdish mencapai satu perjanjian gencatan senjata, menurut media rasmi pada Selasa, selepas pertempuran yang meragut nyawa dua orang di bandar utara Aleppo, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Menurut pasukan pertahanan awam, seorang orang awam terbunuh dan lima lagi cedera akibat serangan roket oleh SDF.
Terdahulu, agensi berita rasmi Agensi Berita Arab Syria (SANA) melaporkan yang seorang anggota pasukan keselamatan kerajaan terbunuh dan tiga cedera selepas pertempuran tercetus pada Isnin.
SANA melaporkan yang perjanjian gencatan senjata dicapai lewat Isnin, selepas SDF menyerang pusat pemeriksaan keselamatan Syria berhampiran kawasan kejiranan Sheikh Maqsood di Aleppo dan membedil kawasan perumahan berdekatan.
Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain melaporkan yang keadaan kini "tenang namun berjaga-jaga" selepas gencatan senjata.
Pertempuran tercetus selepas tentera Syria melakukan penempatan semula di kawasan utara dan timur laut negara itu, berhampiran barisan hadapan dengan SDF. Bagaimanapun, menurut Kementerian Pertahanan seperti yang dilaporkan oleh SANA, gerakan tentera itu sebahagian pelan penempatan semula yang dirancang, bukan permulaan operasi ketenteraan baharu.
SDF menafikan laporan yang pejuang mereka menyerang kedudukan Kerajaan Syria tetapi menyatakan yang pertempuran itu adalah "akibat langsung daripada provokasi" oleh pasukan kerajaan serta cubaan mereka untuk mara dengan menggunakan kereta kebal.
--BERNAMA-dpa
Ringkasan AI
- Tentera Syria dan Pasukan Demokratik Syria (SDF) mencapai gencatan senjata selepas pertempuran di Aleppo yang mengorbankan dua nyawa.
- Pertempuran tercetus selepas SDF didakwa menyerang pusat pemeriksaan keselamatan Syria, namun SDF menafikan dan menuduh tentera kerajaan memulakan provokasi.
- Situasi kini dilaporkan tenang tetapi berjaga-jaga, dengan kerajaan Syria menyatakan penempatan tenteranya hanyalah sebahagian pelan rutin.