DUNIA
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Menurut Menteri Pertahanan Thailand Jeneral (B) Nattaphon Narkphanit, sekiranya tiada insiden lanjut berlaku, kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan mengenai langkah susulan yang lebih terperinci. - Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Thailand menyatakan bahawa gencatan senjata yang dipersetujui dengan Kemboja di sepanjang sempadan bersama memberi peluang untuk menyelesaikan situasi berkenaan melalui saluran aman dan diplomatik.
Ringkasan AI
Menteri Pertahanan Thailand Jeneral (B) Nattaphon Narkphanit berkata Thailand dan Kemboja telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta, dengan keadaan akan dipantau dalam tempoh 72 jam.
Sekiranya tiada insiden lanjut berlaku, kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan mengenai langkah susulan yang lebih terperinci, katanya.
"Kerajaan dan angkatan tentera akan memantau situasi dengan teliti pada setiap peringkat berdasarkan fakta, di samping teguh mempertahankan kedaulatan negara, maruah serta keselamatan awam dan kehidupan aman rakyat," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Pada Sabtu, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta, berkuat kuasa mulai tengah hari (waktu tempatan), bagi menamatkan segala permusuhan di sempadan, sekali gus menghentikan konflik yang kembali tercetus pada 7 Dis.
Menteri Pertahanan Thailand Jeneral (B) Nattaphon Narkphanit, yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Thailand, dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja serta Pengerusi Bersama GBC Kemboja, Jeneral Tea Seiha, menandatangani dokumen berkenaan.
Kenyataan bersama itu ditandatangani semasa Mesyuarat Khas GBC ke-3 yang diadakan di Prum, Wilayah Pailin, Kemboja, dan di Ban Pak Kard, Chanthaburi, Thailand.
Menurut kenyataan bersama itu, selaras dengan semangat Deklarasi Bersama Kuala Lumpur mengenai Mesyuarat Rundingan Thailand-Kemboja ke-26 (COT 26), seramai 18 anggota tentera Kemboja yang kini ditahan di Thailand akan dihantar pulang ke Kembola selepas gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya selama 72 jam.
Kedua-dua negara turut bersetuju mengenai beberapa perkara utama, termasuk memastikan keselamatan pasukan tinjauan bersama di lapangan, khususnya berkaitan ancaman periuk api.
Bagi memastikan pelaksanaan berkesan, kedua-dua pihak bersetuju menggunakan Unit Penyelarasan Sempadan Kemboja-Thailand dan Thailand-Kemboja bagi membantu mengekalkan gencatan senjata, mengurus keadaan di lapangan, menangani insiden secara segera serta mencegah salah tafsir, di bawah pemantauan dan pengesahan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT).
Kedua-dua pihak juga akan mengekalkan saluran komunikasi secara tetap dan langsung antara menteri pertahanan serta ketua angkatan tentera masing-masing bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap situasi mendesak yang tidak dapat ditangani di peringkat tempatan. Jika perlu, wakil peringkat tinggi daripada kedua-dua pihak akan mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan sebarang isu di lapangan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Thailand dan Kemboja mencapai gencatan senjata di sempadan bersama, memberi peluang penyelesaian melalui saluran aman.
- Menteri Pertahanan Thailand dan Kemboja setuju memantau keadaan selama 72 jam; insiden lanjut akan diteruskan dengan perbincangan lanjut.
- Kedua negara bersetuju pulangkan tentera yang ditahan serta menggunakan Unit Penyelarasan Sempadan untuk mengekalkan gencatan senjata.