awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata di Sudan selama 7 hari bermula hari ini

Bernama
Bernama
04/05/2023
05:00 MYT
Gencatan senjata di Sudan selama 7 hari bermula hari ini
Kementerian Luar Sudan Selatan memaklumakn pemimpin angkatan bersenjata Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) bersetuju dengan gencatan senjata dari 4-11 Mei. - Gambar fail/ AP
KHARTOUM: Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari - yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) di Afrika Timur - bermula 4 hingga 11 Mei, lapor Sputnik, memetik kenyataan tentera pada Rabu.
"Angkatan tentera menyatakan persetujuan terhadap cadangan (IGAD), berdasarkan prinsip penyelesaian Afrika kepada masalah benua serta mengambil kira aspek kemanusiaan," menurut tentera dalam satu kenyataan.
Tentera Sudan juga mempertimbangkan inisiatif gencatan senjata AS-Saudi, menurut kenyataan itu.
"Kami berharap pemberontak (Rapid Support Forces) akan menghormati gencatan senjata yang dicadangkan," menurut kenyataan itu.
Pada Selasa, Kementerian Luar Sudan Selatan memaklumakn pemimpin angkatan bersenjata Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) bersetuju dengan gencatan senjata dari 4-11 Mei.
Menurut kenyataan itu, ketua komander tentera Sudan Jeneral Abdel Fatah Al Burhan dan pemimpin RSF Mohamed Hamdan Dagalo bersetuju untuk menamakan wakil mereka bagi memulakan rundingan.
Bagaimanapun, Yusuf Izzat, penasihat kepada pemimpin RSF Mohamed Hamdan Dagalo, berkata pada Selasa bahawa RSF belum bersetuju dengan gencatan senjata, namun menegaskan bahawa RSF tidak menolak langkah terbabit dan mengalu-alukan semua inisiatif yang bertujuan menyelesaikan konflik dalaman di Sudan.
Pada 15 April, pertempuran ganas berlaku antara pasukan tentera Sudan dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.
Pihak-pihak berkaitan telah melaksanakan beberapa gencatan senjata sementara di seluruh negara sejak itu, tetapi pelanggaran terhadapnya sering kali dilakukan.
Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, sekurang-kurangnya 550 orang telah terbunuh dalam konflik itu, dan hampir 5,000 cedera setakat ini.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#genjatan senjata
#RSF
#IGAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan