DUNIA
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Sebahagian kemusnahan bandar Gaza akibat serangan rejim Israel. - Gambar Reuters/Dawoud Abu Alkas
KUALA LUMPUR: Jurang antara perancangan perjanjian gencatan senjata dan realiti di Gaza ternyata terlalu luas.
Ringkasan AI
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tindakan Israel yang tidak patuh kepada perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) itu menimbulkan kecurigaan mengenai keadaan Gaza yang dihasratkan bertambah baik.
"Berdasarkan berita yang saya terima melalui hubungan langsung dengan wakil di sana (Gaza), mereka katakan bahawa sempadan semakin memberi laluan untuk membenarkan penghantaran batuan ditambah walaupun sedikit.
“Tidak pada kadar yang diharapkan, umpamanya sepatutnya setiap hari 700 lori, ternyata hanya 100 lori sahaja dibenarkan masuk. Sepatutnya keseluruhan bantuan yang dibenarkan masuk ialah 14,000 lori, tetapi akhirnya yang kita tahu hanya 4,000 sahaja lori dibenarkan masuk.
“Ertinya, untuk mengharapkan fasa dua itu benar-benar menjadi kenyataan yang memungkinkan situasi bertambah baik, nampaknya sangat kita curiga. Keadaan di lapangan tidak menuju ke arah pelaksanaan sepenuhnya fasa kedua itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam temu bual yang sama, Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan MyCARE, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin pula mendedahkan, fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza ditentang sepenuhnya oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas faktor kepentingan politik sempit pemimpin negara haram itu.
"Netanyahu perlu berundur daripada garisan kuning. Bermakna, Netanyahu akan kehilangan penguasaan ke atas beberapa kawasan dan biarkan orang Gaza dapat kawasan baharu.
“Manakala, pejuang-pejuang Hamas akan dapat dapat semula kawasan yang dirampas oleh rejim zionis. Ini satu keuntungan dan kemenangan untuk Hamas, seterusnya satu kekalahan untuk Netanyahu.
“Tambah pula, tahun depan (2026) merupakan tahun pilihan raya (Israel). Perkara ini akan memburukkan kedudukan politik rejim zionis. Oleh yang demikian, fasa kedua ini merupakan fasa yang tidak dipersetujui oleh Netanyahu,” ujarnya.
Untuk konteks, fasa 2 perjanjian gencatan senjata di Gaza memberi tumpuan kepada nyahketenteraan di Gaza, pengunduran lanjut tentera Israel, serta pembentukan pentadbiran peralihan baharu yang diselia antarabangsa, termasuk cadangan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF).
Fasa ini juga melibatkan rundingan intensif antara pengantara; AS, Mesir, Qatar dan Turkiye, bagi mengatasi halangan serta memastikan gencatan senjata kekal stabil, sementara isu utama seperti peranan Hamas dalam pentadbiran dan tahap pengunduran Israel terus menjadi titik rundingan kritikal.
Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang perkembangan bermakna ke arah memenuhi komitmen tersebut ditengah-tengah pencabulan gencatan senjata yang berterusan oleh rejim zionis.
Agenda AWANI: Gesaan Segera Fasa Kedua Pelan Damai Gaza
Ringkasan AI
- Jurang besar wujud antara perancangan gencatan senjata dan realiti di Gaza, dengan Israel didakwa tidak mematuhi komitmen bantuan yang dipersetujui. Hanya sebahagian kecil bantuan dibenarkan masuk berbanding jumlah sepatutnya, menimbulkan keraguan terhadap keberhasilan fasa kedua gencatan. Netanyahu dilapor menentang fasa kedua atas kepentingan politik domestik, sekali gus menghalang kemajuan rundingan dan pelaksanaan sebenar.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tindakan Israel yang tidak patuh kepada perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) itu menimbulkan kecurigaan mengenai keadaan Gaza yang dihasratkan bertambah baik.
"Berdasarkan berita yang saya terima melalui hubungan langsung dengan wakil di sana (Gaza), mereka katakan bahawa sempadan semakin memberi laluan untuk membenarkan penghantaran batuan ditambah walaupun sedikit.
“Tidak pada kadar yang diharapkan, umpamanya sepatutnya setiap hari 700 lori, ternyata hanya 100 lori sahaja dibenarkan masuk. Sepatutnya keseluruhan bantuan yang dibenarkan masuk ialah 14,000 lori, tetapi akhirnya yang kita tahu hanya 4,000 sahaja lori dibenarkan masuk.
“Ertinya, untuk mengharapkan fasa dua itu benar-benar menjadi kenyataan yang memungkinkan situasi bertambah baik, nampaknya sangat kita curiga. Keadaan di lapangan tidak menuju ke arah pelaksanaan sepenuhnya fasa kedua itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Gencatan Senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM