DUNIA
Gencatan senjata Israel-Hamas: Jaga-jaga pengaruh asing ambil kesempatan bina semula Gaza - Penganalisis
Rakyat Palestin, berjalan kembali ke utara Gaza selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas bermula. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu berjaga-jaga dengan sebaran cubaan pengaruh asing yang mahu terlibat dalam pembangunan semula Gaza.
Ringkasan AI
Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata, kewaspadaan itu penting memandangkan pelan damai yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ini tidak mengambil kira suara rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri.
“Kita perlu perhati dan jaga kesempatan-kesempatan yang mungkin digunakan berdasarkan Perjanjian Gencatan Senjata 20 Perkara Trump yang akan mendedahkan Gaza kepada kuasa serta pengaruh asing. Kami tidak setuju dengan hal ini, yang mana rakyat Palestin tidak diberikan hak untuk menentukan nasib mereka sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Tambah Jismi, dua kemudahan asas yang perlu diberi keutamaan dalam proses pembangunan Gaza ini ialah infrastruktur dan kemudahan kesihatan serta pendidikan.
“Pembinaan semula Gaza yang dimandatkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Program Makanan Sedunia (WFP) dan sebagainya, perlu disokong oleh negara-negara lain dengan memberi bantuan dan sumbangan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan MyCARE, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin pula berpandangan, masyarakat antarabangsa perlu menghantar tentera pengaman ke Gaza untuk memastikan keadaan terkawal dan sebarang cubaan Israel untuk menyerang semula Gaza tidak berlaku.
"Mereka perlu hantar askar-askar mereka untuk jaga keamanan di sana bagi meningkatkan jaminan supaya tidak lagi berlaku serangan udara oleh rejim zionis.
“Gaza akan berada dalam keadaan yang lebih terdedah kerana tidak ada lagi tebusan dalam Gaza yang boleh dijadikan cip rundingan. Oleh itu, selepas ini ada kemungkinan genosid akan bersambung semula nanti,” katanya.
Pada Isnin, 20 tahanan warga Israel telah dibebaskan oleh Hamas. Manakala, antara warga Palestin yang dibebaskan termasuklah 22 kanak-kanak dan 360 jenazah.
Dalam perkembangan berasingan, Trump tiba di Israel untuk menyampaikan ucapan di parlimen Israel, dan menghadiri Sidang Kemuncak Gaza di Sharm el-Sheikh, Mesir.
Sidang kemuncak yang dipengerusikan secara bersama oleh Trump dan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi itu turut dihadiri lebih 20 pemimpin dunia lain, termasuk United Kingdom, Indonesia, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Turkiye, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Greece, Cyprus, Jepun, Kanada, Brazil Dan wakil Kesatuan Eropah (EU).
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Semua pihak perlu berwaspada terhadap pengaruh asing dalam pembangunan semula Gaza, khususnya kerana pelan damai Trump tidak memberi hak kepada rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri.
- Keutamaan pembangunan semula Gaza ialah infrastruktur, kesihatan dan pendidikan, dengan sokongan organisasi antarabangsa seperti WHO dan WFP serta bantuan negara-negara lain.
- Masyarakat antarabangsa disaran menghantar pasukan pengaman ke Gaza bagi mengelakkan serangan semula Israel, kerana keadaan kini lebih terdedah selepas pembebasan tebusan.