DUNIA
Gencatan senjata mesti diutamakan di Asia Barat - Presiden China
Xi menyatakan pendirian China dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin pada Khamis. - Foto Reuters
BEIJING: Pelaksanaan gencatan senjata mesti diutamakan di Asia Barat, kata Presiden China Xi Jinping dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin pada Khamis.
Ringkasan AI
Semasa pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan mengenai situasi di Asia Barat, Xi membentangkan prinsip dan pendirian China dengan berkata bahawa situasi amat kritikal di Asia Barat pada masa ini dan ia sekali lagi membuktikan, dunia sedang berada dalam tempoh pergolakan dan transformasi baharu.
Xi berkata, pihak-pihak yang terlibat dalam konflik terutamanya Israel, perlu menghentikan operasi ketenteraan secepat mungkin untuk mengelakkan ketegangan situasi semakin meruncing dan mengawal kesan akibat peperangan.
Usaha bagi memastikan keselamatan penduduk awam mesti diutamakan.
"Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik perlu mematuhi undang-undang antarabangsa, mengelakkan kematian dan kecederaan dalam kalangan masyarakat awam yang tidak berdosa, dan memberi syarat bagi memudahkan rakyat dari negara pihak ketiga keluar dari lokasi konflik.
"Dialog dan rundingan merupakan penyelesaian tuntas. Pelbagai pihak perlu berpegang kepada penyelesaian isu nuklear Iran secara politik, dan mendorong isu itu kembali ke landasan penyelesaian politik melalui dialog dan rundingan.
"Usaha masyarakat antarabangsa dalam menggalakkan rundingan damai amat diperlukan. Masyarakat antarabangsa, terutamanya negara berkuasa besar yang berpengaruh terhadap pihak-pihak yang berkonflik perlu berusaha untuk meredakan ketegangan situasi serantau. Majlis Keselamatan PBB juga perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam penyelesaian masalah ini," katanya.
Xi menegaskan bahawa China bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan pelbagai pihak, menegakkan keadilan dan perpaduan serta memainkan peranan yang bersifat membina untuk memulihkan keamanan di Asia Barat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Presiden China Xi Jinping menyeru pelaksanaan gencatan senjata segera di Asia Barat, terutama terhadap Israel, bagi mengelak ketegangan yang lebih buruk dan melindungi penduduk awam.
- Xi menekankan keperluan dialog dan rundingan sebagai penyelesaian terhadap konflik, termasuk isu nuklear Iran, sambil menggesa kuasa besar dan Majlis Keselamatan PBB memainkan peranan lebih aktif.
- China komited memainkan peranan membina untuk keamanan serantau, dengan meningkatkan koordinasi antarabangsa dan menegakkan keadilan serta perpaduan.