DUNIA
Gencatan senjata: Sukarelawan MAHAR mulakan kerja-kerja bantuan
Penduduk Gaza berpusu-pusu menuju ke arah Bandar Gaza susulan perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di wilayah dizalimi itu. - Gambar MAHAR
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja bantuan dan aktiviti kesukarelawanan dimulakan di Gaza pada Jumaat (10 Oktober) susulan perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di wilayah itu.
Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, usaha itu digerakkan sukarelawan MAHAR di Gaza, Louai al Areer bersama puluhan ribu yang lain ketika mereka mula bergerak pulang menuju Bandar Gaza.
"Louai dan keluarganya antara puluhan ribu keluarga yang telah dipaksa berpindah dari Gaza City akibat serangan tanpa henti ke atas kediaman dan kejiranan mereka.
"Kami komited akan meneruskan kerja-kerja bantuan yang dijalankan semenjak dua tahun lepas melalui sukarelawan yang masih dan sedang berada di Semenanjung Gaza," jelas kenyataan itu.
Terdahulu, perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan mula berkuat kuasa pada Khamis (9 Oktober) bagi menamatkan perang dua tahun Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023.
Perjanjian itu menandakan permulaan Fasa Pertama pelan damai yang lebih luas termasuk penghentian penuh pertempuran, pengunduran tentera Israel dari Gaza, kemasukan bantuan kemanusiaan, serta pertukaran tahanan dan tebusan.
Trump mengumumkan perjanjian itu pada 8 Oktober, menyifatkannya sebagai permulaan kepada usaha lebih besar untuk mencapai perdamaian di Timur Tengah, membina semula Gaza dan menggerakkan penyelesaian politik di rantau itu.