Sebuah percubaan rompakan bank gaya ‘klasik’ yang ditumpaskan di Sao Paolo baru-baru ini hampir menjadi kes rompakan bank terbesar dalam sejarah dunia, dengan kumpulan perompak melaburkan lebih sejuta dolar sebagai ‘modal memulakan rompakan’.
Pihak polis Brazil menggagalkan percubaan itu apabila sebuah terowong ditemui menghala ke sebuah cawangan Bank of Brazil.
Sejumlah 16 orang ditangkap susulan penemuan tersebut yang disifatkan pasukan penyiasat sebagai usaha yang ‘luar biasa’. Pasukan penyiasat telah menghabiskan masa dua bulan untuk memantau aktiviti tersebut.
Mereka yang ditangkap telah dibawa ke bahagian utara bandar tersebut, iaitu tempat mereka menyiapkan kelengkapan dan perkakasan untuk kerja-kerja menggali terowong.
"Kumpulan perompak itu sanggup melaburkan wang sejumlah AS$1.27 juta (RM5.4 juta) secara perkongsian, dengan setiap ahli mengeluarkan wang (pendahuluan) sekurang-kurangnya sekitar AS$6,300. Semuanya demi mendapatkan sasaran rompakan bernilai AS$317 juta (RM1.34 bilion).
“Ia boleh menjadi rompakan terbesar dunia, jika berjaya,” ujar ketua pasukan penyiasat Fábio Pinheiro Lopes.
Penggalian terowong sejauh 500 meter itu bermula empat bulan lalu dan selesai pada Rabu lepas, sekali gus memberi isyarat kepada pihak berkuasa untuk menyerbu dan menumpaskan kumpulan perompak itu.
Lopes berkata, walaupun kumpulan perompak tidak dapat memasuki bilik kebal, mereka berjaya juga menembusi pintu keselamatan.
“Ketika itulah kami lancarkan serbuan dan menangkap hampir kesemuanya. Kami berjaya menangkap ketua mereka, manakala yang terlepas lari cuma pekerja penggali,” ujar Lopes.
Terowong berkenaan yang ditopang dengan kayu dan kerangka besi, mula digali di bawah sebuah rumah sewa berdekatan bank tersebut.
Pasukan penyiasat berkata, premis itu turut menyimpan banyak bekalan makanan dan perkakasan sepanjang operasi itu dijalankan secara rahsia.
Kumpulan perompak terancang itu, menurut pihak polis, pernah terlibat dalam rompakan Central Bank di Fortaleza pada 2005 dan Bank Itau di Paulista.
Agensi
Sun Oct 08 2017
Hasil kerja dan suasana di dalam terowong yang digali oleh kumpulan perompak terbabit mengejutkan pasukan penyiasat. - Reuters.
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Geng penjenayah Brazil hampir catat 'rekod' rompakan terbesar dalam sejarah dunia
Ahli kumpulan sanggup berkongsi wang pelaburan berjumlah lebih sejuta dolar untuk persiapan perkakasan, demi menyasarkan rompakan bernilai ratusan juta dolar.