Genjatan senjata tamat, letupan kedengaran semula di bandar Gaza

Agensi
Disember 2, 2023 02:13 MYT
Pertempuran di Gaza selepas rundingan lanjutkan pemberhentian sementara perang Israel-Palestin gagal akan merumitkan percubaan untuk menghentikan semula permusuhan.- Reuters
GAZA: Letupan di bandar Gaza mula kedengaran ketika pertempuran baharu di wilayah itu memasuki hari kedua pada Sabtu.
Memetik Reuters, satu rakaman menyaksikan pancaran cahaya dan letupan kuat kedengaran dari seberang sempadan di selatan Israel.
Negara pengantara, Qatar berkata, pertempuran di Gaza selepas rundingan melanjutkan jeda kemanusiaan sementara perang Israel-Palestin gagal, hanya akan merumitkan percubaan untuk menghentikan permusuhan.
Pegawai kesihatan Gaza berkata, serangan udara Israel yang masuk hari kedua selepas pemberhentian sementara perang tamat semalam sudah meragut sekurang-kurangnya 184 nyawa, mencederakan 589 mangsa dan memusnahkan lebih 20 rumah.
Sementara itu, kawasan timur Khan Younis di selatan Gaza teruk dibedil dengan bom apabila gencatan senjata selama tujuh hari itu tamat pada tengah hari (waktu Malaysia) semalam.
Penduduk terpaksa turun ke jalan raya dengan barang-barang yang dapat diselamatkan dan mencari tempat berteduh lebih jauh ke barat.
#Israel #letupan #gencatan senjata #Gaza