Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan

Bernama
Disember 3, 2023 08:32 MYT
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat. -Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza akan memusnahkan "kredibiliti rapuh" organisasi-organisasi dunia, kata kerajaan sementara Afghanistan.
Afghanistan pada Sabtu mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Pentadbiran Afghanistan itu menggesa negara-negara berpengaruh dan badan-badan hak asasi manusia untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki.
"Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Palestin akan meruntuhkan keyakinan yang sudah rapuh terhadap organisasi-organisasi antarabangsa dan konvensyen-konvensyen kemanusiaan," menurut Afghanistan dalam satu kenyataan.
Sejak konflik bermula pada 7 Okt, Israel telah membunuh atau mencederakan hampir 2.5 peratus penduduk di Gaza.
-- BERNAMA
#Afghanistan #Israel #organisasi dunia #pembunuhan beramai-ramai