Skip to main content

Dunia

George Clooney, keluarga kosongkan kediaman di Perancis akibat kebakaran hutan

71486688857_Clooney.jpg
Clooney dan Amal (gambar) bersama anak kembar mereka, Ella dan Alexander, dianugerahkan kerakyatan Perancis pada Disember tahun lepas. - Gambar fail
Advertisement

LONDON: Bintang Hollywood George Clooney dan keluarganya memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengosongkan kediaman mereka di tenggara Perancis akibat kebakaran hutan, lapor PA Media/dpa.

Pelakon berusia 65 tahun itu berkata beliau "tidak tahu" sama ada rumah yang didiaminya bersama isterinya, peguam hak asasi manusia Amal Clooney, 48, di Brignoles akan terselamat daripada "detik yang dahsyat ini".

Dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Datuk Bandar Brignoles, Didier Bremond, Clooney berjanji bahawa beliau dan isterinya komited untuk membantu penduduk Brignoles selepas bencana alam berkenaan.

Pasangan itu menetap di kawasan berkenaan pada 2021 selepas membeli sebuah hartanah yang disifatkan Clooney sebagai "ladang kami di Perancis".

Clooney dan Amal bersama anak kembar mereka, Ella dan Alexander, dianugerahkan kerakyatan Perancis pada Disember tahun lepas.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement