Nama George yang dipilih oleh Putera William dan Kate untuk anak pertama mereka, mempunyai tradisi yang kaya dalam keluarga diraja British di mana enam bekas raja telah berkongsi nama tersebut.

George, seorang Kristian syahid pada abad keempat, juga santo penaung England dan melambangkan penghormatan, keberanian dan keberanian. Menurut legenda, dia menyelamatkan seorang anak dara daripada seekor naga.

Ia merupakan nama ketiga popular bagi kerabat British, selepas Henry dan Edward. Kedua-dua nama-nama telah dikongsi oleh lapan raja-raja.

George merupakan nama yang ke-12 paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales pada tahun 2011, ia berasal dari perkataan Yunani purba bagi petani.

Berikut adalah enam raja-raja yang bernama George yang telah memerintah Britain:

- George II (1727-1760): Anak George I, merupakan raja Britainterakhir memasuki pertempuran bersama-sama tenteranya, berjuang menentang Perancis pada 1743 pertempuran Dettingen di Jerman.

- George III (1760-1820): Cucu kepada George II, beliau merupakan kerbat ketiga daripada Rumah Hanouver dan Raja yang pertama yang dilahirkan di England serta bertutur bahasa.

-George IV (1820-1830): Anak George III, merupakan peminat seni yang mengarahkan pembinaan balai diraja bertemakan cara motif India di Brighton, selatan England.

- George V (1910-1936): Semasa Perang Dunia I, Raja ini melawat tenteranya lebih daripada 450 kali. Oleh kerana sentimen anti-Jerman, beliau meninggalkan nama keluarga bersejarah Saxe-Coburg-Gotha dan menggunakanWindsor, nama keluarga diraja yang diguna pakai sekarang.

- George VI (1936-1952): Ini merupakan bapa tercinta Ratu Elizabeth II. Dia mewarisi takhta pada tahun 1936, setelah abangnya Edward VIII melepaskan takhta untuk berkahwin seorang janda bernama Wallis Simpson.