INTERNATIONAL

Gerakan solidariti sedunia beri perlindungan, sokongan kepada umat Islam

Nailah Huda 17/03/2019 | 04:43 MYT
Seorang 'hero' bernama Andrew Graystone memegang papan putih yang bertuliskan mesej kepada umat Islam di masjid berkenaan: -Kamu merupakan sahabat saya. Saya akan memerhati suasana ketika kamu solat.- - Foto: Twitter @ruthiekyle
WALAUPUN tragedi solat Jumaat di Christchurch cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat New Zealand, namun rakyatnya dan turut masyarakat sedunia berusaha untuk mengatasi perpecahan itu dengan memberi perlindungan dan sokongan kepada umat Islam.
Malah, bantuan dan sokongan yang diberikan oleh penduduk Christchurch terlalu banyak sehingga mereka diberitahu untuk berhenti (menghulur bantuan) buat sementara.
BACA: Terlalu ramai sukarelawan membantu mangsa serangan Christchurch - Imam Shazly
Kata-kata dan perlakuan sebagai tanda sokongan kian menular di media sosial dalam usaha untuk melindungi masyarakat Muslim serta mengatasi perpecahan antara bangsa dan agama.
Antara peristiwa tersebut yang paling banyak mendapat perhatian adalah usaha oleh seorang warga Birmingham, United Kingdom yang berdiri di luar Masjid Levenshulme, Manchester sementara umat Islam menunaikan solat.
Dalam satu gambar yang dimuat naik oleh seorang penduduk setempat, individu itu yang bernama Andrew Graystone memegang papan putih yang bertuliskan mesej kepada umat Islam di masjid berkenaan: “Kamu merupakan sahabat saya. Saya akan memerhati suasana ketika kamu solat.”
Beliau turut memuat naik ke Twitter satu mesej yang meminta umum untuk turut beri perlindungan kepada masyarakat Muslim:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anaknya, Ruth Kyle meluahkan perasaan bangga apabila melihat gambar tersebut telah viral di media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakyat New Zealand turut menunjukkan semangat perpaduan secara memberi perlindungan kepada umat Islam yang sedang menunaikan solat dalam masjid:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, perbezaan agama tidak menjadi isu dalam memupuk semangat bersatu seperti yang ditunjukkan oleh masyarakat Sikh dalam tweet berikut:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara yang lain ialah masyarakat Yahudi di New Zealand yang menutup rumah ibadat atau Saumaah pada waktu Shabbat buat pertama kali untuk memberi penghormatan kepada umat Islam yang terkorban dalam serangan tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Solidariti ini telah berjangkit ke lokasi lain di seluruh dunia, antaranya di Sunderland, United Kingdom di mana seorang individu berkulit putih turut memberi perlindungan kepada masyarakat setempat yang beragama Islam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia juga dilihat di Kanada di mana sekumpulan orang bukan Islam melindungi umat Islam yang berada dalam masjid.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#agama #Andrew Graystone #Christchurch #Masjid Al Noor #New Zealand #pengganas #perpaduan #serangan masjid #solidarity #tembakan #Tragedi Solat Jumaat