DUNIA
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
Gereja bersejarah Vondelkerk di Amsterdam musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar selepas sambutan Tahun Baharu. -Foto Reuters
AMSTERDAM: Gereja bersejarah Vondelkerk di Amsterdam, Belanda musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar yang berlaku sejurus selepas sambutan Tahun Baharu, menurut pihak berkuasa tempatan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kebakaran dilaporkan bermula sekitar jam 12.45 pagi waktu tempatan dan merebak pantas ke seluruh struktur bangunan berusia 154 tahun itu.
Jurucakap Agensi Keselamatan Wilayah Amsterdam-Amstelland berkata, “Vondelkerk tidak lagi dapat diselamatkan. Seluruh gereja sedang terbakar dan mungkin runtuh sepenuhnya”.
Sebahagian bumbung dan menara gereja telah runtuh akibat api marak, manakala kira-kira 90 kediaman berdekatan terputus bekalan elektrik.
Penduduk di sepanjang Vondelstraat dan kawasan berhampiran dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di De Roos dan bangunan di P.C. Hooftstraat.
Vondelkerk, yang dibina pada 1872, pada asalnya merupakan gereja Roman Katolik sebelum ditukar fungsinya kepada ruang acara dan premis perniagaan kecil selepas ditutup pada 1977.
Gereja ini terletak berhampiran Vondelpark dan menjadi mercu tanda seni bina neo-Gothic terkenal di ibu kota Belanda.
Pasukan bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran disebabkan struktur bangunan yang besar dan angin kencang.
Bahagian dalam gereja tidak dapat diakses kerana dipenuhi kayu terbakar dan bara api.
Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada bunga api atau aktiviti berkaitan sambutan Tahun Baharu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Gereja bersejarah Vondelkerk di Amsterdam musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar selepas sambutan Tahun Baharu, kata pihak berkuasa.
- Kebakaran yang bermula pada jam 12.45 pagi merebak pantas dan jurucakap agensi keselamatan menyatakan gereja tidak dapat diselamatkan.
- Penduduk berdekatan dipindahkan ke pusat perlindungan sementara manakala punca kebakaran masih dalam siasatan, tidak menolak kemungkinan berpunca daripada aktiviti berkaitan sambutan Tahun Baharu.
Kebakaran dilaporkan bermula sekitar jam 12.45 pagi waktu tempatan dan merebak pantas ke seluruh struktur bangunan berusia 154 tahun itu.
Jurucakap Agensi Keselamatan Wilayah Amsterdam-Amstelland berkata, “Vondelkerk tidak lagi dapat diselamatkan. Seluruh gereja sedang terbakar dan mungkin runtuh sepenuhnya”.
Sebahagian bumbung dan menara gereja telah runtuh akibat api marak, manakala kira-kira 90 kediaman berdekatan terputus bekalan elektrik.
Penduduk di sepanjang Vondelstraat dan kawasan berhampiran dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di De Roos dan bangunan di P.C. Hooftstraat.
Vondelkerk, yang dibina pada 1872, pada asalnya merupakan gereja Roman Katolik sebelum ditukar fungsinya kepada ruang acara dan premis perniagaan kecil selepas ditutup pada 1977.
Gereja ini terletak berhampiran Vondelpark dan menjadi mercu tanda seni bina neo-Gothic terkenal di ibu kota Belanda.
Pasukan bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran disebabkan struktur bangunan yang besar dan angin kencang.
Bahagian dalam gereja tidak dapat diakses kerana dipenuhi kayu terbakar dan bara api.
Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada bunga api atau aktiviti berkaitan sambutan Tahun Baharu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan Gereja Vondelkerk di Amsterdam musnah dalam kebakaran besar?
A: Kebakaran besar yang melanda Gereja Vondelkerk bermula sejurus selepas sambutan Tahun Baharu, namun punca pastinya masih dalam siasatan. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setempat ketika gereja tersebut terbakar?
A: Penduduk di sekitar Vondelkerk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di De Roos dan bangunan di P.C. Hooftstraat, manakala pasukan bomba menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran disebabkan struktur bangunan yang besar dan angin kencang. - Q: Apa yang berlaku kepada sebahagian bumbung dan menara gereja semasa kebakaran?
A: Sebahagian bumbung dan menara gereja runtuh akibat api marak yang merebak dengan pantas. - Q: Apakah fungsi asal Gereja Vondelkerk sebelum ia ditukar kepada ruang acara dan premis perniagaan kecil?
A: Pada asalnya, Gereja Vondelkerk dibina sebagai gereja Roman Katolik sebelum ditukar fungsinya selepas ditutup pada 1977. - Q: Adakah terdapat kecederaan atau kematian yang dilaporkan berikutan kebakaran ini?
A: Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan berikutan kebakaran yang melanda Gereja Vondelkerk di Amsterdam.