Gereja di Manila ditutup hingga 20 Mac

Agensi
Mac 15, 2020 20:40 MYT
Sementara semua agensi dan penjawat awam digantung tugasan selama sebulan dan penutupan sekolah di semua peringkat dilanjutkan. - Gambar REUTERS
Kebanyakan gereja di Manila menghentikan perhimpunan besar-besaran bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.
Sebaliknya paderi menggalakkan panganut Katolik berhubung menerusi penstriman secara langsung sehingga pintu gereja dibuka semula pada 20 Mac.
Pihak berkuasa dalam pada itu menggantung perjalanan domestik melalui darat, udara dan laut serta melarang perhimpunan besar seperti konsert dan menonton wayang.
Semua agensi dan penjawat awam digantung tugasan selama sebulan dan penutupan sekolah di semua peringkat dilanjutkan.
#COVID-19 #gantung perjalanan domestik #koronavirus #Manila #penjawat awam #sekolah