INTERNATIONAL

Gereja Notre Dame dikawal berikutan cubaan serang polis

Reuters 06/06/2017 | 15:16 MYT
Pihak polis ketika ini menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan sekitar Notre Dome - REUTERS/Vincent Kessler
Pihak polis Paris ketika ini sedang mengawasi kawasan persekitaran gereja Notre Dame susulan insiden cubaan seorang lelaki menyerang menggunakan tukul terhadap seorang anggota polis, di sini.
Dalam satu kenyataan di Twitter, polis Perancis turut memaklumkan kawasan tersebut telah ditutup daripada dimasuki orang awam.
Sementara itu, BFM TV melaporkan anggota polis yang diserang berjaya menembak dan mencederakan suspek.
Saksi turut memberitahu BFM TV bahawa penyerang tersebut dilihat terlantar di tempat kejadian tanpa sebarang pergerakan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis Paris dalam tweet terbaharu memaklumkan keadaan kini terkawal dan pegawai polis yang diserang telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikutan insiden ini juga, unit memerangi keganasan Perancis telah pun membuka kertas siasatan.
#notre dame #Paris #Perancis #serang polis