awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel ke atas gereja di Gaza

Bernama
Bernama
20/10/2023
06:46 MYT
Gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel ke atas gereja di Gaza
Pihak gereja itu menekankan komitmennya terhadap tanggungjawab kemanusiaan untuk melindungi orang awam. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.
Menerusi satu kenyataan, pihak gereja itu menekankan komitmennya terhadap tanggungjawab kemanusiaan untuk melindungi orang awam, lapor Agensi Anadolu.
"Mensasarkan gereja dan institusinya serta tempat perlindungan yang disediakan kepada orang awam tidak bersalah terutamanya kanak-kanak dan wanita yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel sejak 13 hari lalu, merupakan jenayah perang yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.
Kenyataan itu turut merujuk kepada serangan Israel sebelum ini ke atas Gereja Ortodoks Greek di Gaza seperti dilaporkan agensi berita Palestin di mana sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lain cedera.
Terdapat bukti serangan mensasarkan kemudahan dan tempat perlindungan gereja termasuk Episcopal Church of Jerusalem Hospital, sekolah-sekolah lain dan institusi sosial, pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem serta gereja-gereja lain.
Bagaimanapun, pihak gereja tetap komited untuk memenuhi tanggungjawab agama dan moral mereka dalam memberikan bantuan, sokongan, dan perlindungan kepada orang awam yang memerlukan, walaupun desakan Israel untuk mengosongkan institusi itu dan tekanan yang diberikan kepada gereja-gereja dalam hal ini, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin-Gaza
#serangan Israel
#gereja
#gereja Orthodox Patriarchate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan