Gerhana bulan separa terpanjang diramal berlaku esok

Agensi
November 18, 2021 16:47 MYT
Gerhana bulan separa berlaku apabila bayang-bayang bumi meliputi 97 peratus bulan mengambang. - Gambar hiasan/Shahir Omar/Astro AWANI
WASHINGTON: Gerhana bulan separa esok (Jumaat) merupakan yang paling lama sejak abad ke-15.
Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meramalkan ia mungkin berlaku selama tiga hingga lima jam.
Gerhana terakhir tahun ini itu akan dapat dilihat di Amerika Utara dan Lautan Pasifik, Alaska, Eropah Barat, timur Australia, New Zealand serta Jepun.
Gerhana itu dijangka bermula kira-kira pukul 3.19 petang (waktu tempatan) dengan kemuncaknya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) dan berakhir pukul 6.47 petang (waktu tempatan).
Kali terakhir gerhana berlaku dalam tempoh yang panjang seperti ini ialah pada 18 Februari 1440.
Gerhana bulan separa berlaku apabila bayang-bayang bumi meliputi 97 peratus bulan mengambang.
#NASA #gerhana bulan separa #terpanjang #Blood Moon