[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Germanwings: Andreas Lubitz kaji mengenai pintu kokpit dan bunuh diri

Agensi 03/04/2015 | 01:22 MYT
Sebuah tablet yang digunakan Andreas Lubitz telah dijumpai dalam sebuah pangsapuri yang pernah didudukinya di Duesseldorf.
Pendakwa raya Jerman pada Khamis memaklumkan bahawa pembantu juruterbang yang disyaki sengaja menjatuhkan pesawat Germanwings pada 24 Mac lalu turut mencari maklumat tentang 'bunuh diri' dan pintu kokpit di internet.
Menurut pihak pendakwa raya dalam satu kenyaatan, sebuah tablet yang digunakan Andreas Lubitz telah dijumpai dalam sebuah pangsapuri yang pernah didudukinya di Duesseldorf.
"Maklumat pencarian tidak dipadamkan, khususnya carian pada alat ini di antara 15 Mac hingga 23 Mac dapat diperolehi," katanya.
Ia menunjukkan bahawa pengguna telah membuat kajian mengenai "kaedah rawatan", "cara-cara untuk membunuh diri" dan "pintu kokpit dan peruntukan keselamatan mereka," katanya lagi.
#Airbus A320 #Andreas Lubitz #bunuh diri #Germanwings #Lufthansa #terhempas