Gina Haspel, Pengarah CIA wanita pertama

Reuters
Mei 18, 2018 00:16 MYT
Haspel merupakan pengarah wanita pertama CIA. REUTERS
Senat Amerika Syarikat hari ini mengesahkan pelantikan Gina Haspel sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA) walaupun pernah terpalit isu membabitkan penderaan terhadap suspek pengganas.
Ia sekali gus menjadikan Haspel pengarah wanita pertama agensi berkenaan.
"Tahniah kepada Pengarah CIA kita yang baharu, Gina Haspel!" kata Presiden Donald Trump dalam tweet beliau sambil menyifatkan Haspel sebagai calon yang sangat berkelayakan.

Congratulations to our new CIA Director, Gina Haspel! pic.twitter.com/n1xj9LSV9D

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) May 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Senator Republikan John McCain, yang pernah didera ketika menjadi tawanan perang di Vietnam, menolak pencalonan beliau namun tidak dapat mengundi kerana sedang berperang dengan kanser otak.
Haspel, 61 tahun, seorang yang pakar dalam hal ehwal Russia dan menghabiskan kerjayanya dalam perkhidmatan rahsia, mengambil alih dari Mike Pompeo.
Trump baru-baru ini melantik Pompeo sebagai Setiausaha Negara.
#Agensi Perisikan Pusat #Amerika Syarikat #CIA #Donald Trump #Gina Haspel #John McCain #Mike Pompeo #pencalonan #penderaan #Pengarah CIA #undi #wanita