DUNIA
Global Sumud Flotilla: Enjin kapal Johnny M bocor, semua peserta disahkan selamat
Flotila bantuan antarabangsa kini kurang 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba di wilayah itu pada 30 September, menurut penganjur pada Ahad. - Sumber foto FB Rahmad Sumud Nusantara
KUALA LUMPUR : Semua peserta Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menaiki sebuah kapal bernama Johnny M disahkan selamat selepas ia terpaksa dikosongkan akibat kebocoran enjin.
Perkembangan berkenaan kapal yang turut membawa rakyat Malaysia itu dikongsikan salah seorang peserta misi, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
"Sebuah bot bernama Johnny M terpaksa dikosongkan kerana kebocoran enjin. Semua peserta selamat dan kita akan segera berlayar semula menuju ke G (Gaza)," katanya.
Katanya, lantaran itu semua peserta akan segera berlayar ke Gaza.
Susulan itu beliau meminta rakyat untuk tidak gusar dan kekal 'sumud' yang boleh diertikan sebagai 'teguh' dalam bahasa Malaysia.
Flotila Sumud Global yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal, berlayar awal bulan ini dengan misi memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke Semenanjung Gaza.
Flotila bantuan antarabangsa kini kurang 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba di wilayah itu pada 30 September, menurut penganjur pada Ahad.