GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
DUNIA

Global Sumud Flotilla: GSF gesa tindakan segera selepas kapal Meteque diserang Israel

Bernama 03/10/2025 | 08:20 MYT
Tentera laut Israel serang dan naik kapal Meteque milik Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa. -Foto Youtube Live
ANKARA: Global Sumud Flotilla (GSF) mengeluarkan rayuan segera kepada kerajaan dan institusi antarabangsa selepas tentera laut Israel menyerang dan menaiki kapalnya, Meteque di perairan antarabangsa pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Tentera laut Israel serang dan naik kapal Meteque milik Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa, komunikasi terputus dan status peserta belum dipastikan
  • GSF rayu campur tangan segera kerajaan dan institusi antarabangsa untuk jamin keselamatan serta pembebasan aktivis kemanusiaan
  • Hampir semua 44 bot flotila dirampas, ratusan aktivis ditahan, namun kapal Marinette dilaporkan masih menuju ke Gaza


Penganjur flotila itu dalam satu kenyataan berkata penstriman langsung dan komunikasi telah terputus, sambil menegaskan bahawa status para peserta dan kru masih belum dapat dipastikan, lapor Anadolu Ajansi.

Mereka menyifatkan tindakan menceroboh naik kapal itu sebagai serangan yang menyalahi undang-undang terhadap aktivis kemanusiaan tidak bersenjata dan menuntut campur tangan antarabangsa bagi memastikan keselamatan serta pembebasan semua individu di atas kapal.

"Kami menyeru kerajaan dan institusi antarabangsa untuk menuntut keselamatan dan pembebasan segera mereka," menurut GSF dalam kenyataannya.

Tentera Israel sebelum ini telah menyerang dan merampas hampir kesemua 44 bot flotila kemanusiaan yang cuba memecahkan sekatan ke atas Gaza, serta menahan ratusan aktivis, namun sebuah kapal layar, Marinette, dilaporkan terus bergerak menuju ke wilayah Palestin itu.

-- BERNAMA





#Gaza #tentera laut Israel #kapal Meteque #Global Sumud Flotilla