DUNIA
Global Sumud Flotilla hampir masuk perairan Greece, menuju Gaza
Pelayaran GSF membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadual tiba di perairan Gaza hujung bulan ini. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Pelayaran fasa kedua konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) memasuki hari kelima apabila 38 bot yang terbabit kini menghampiri Perairan Greece, sebelum bergerak ke Zon Kuning kira-kira 300 kilometer (km) dari Pantai Gaza.
Ringkasan AI
Pengarah Media Muslim Care Malaysia Tuan Asri Tuan Hussein yang turut serta dalam misi berkenaan berkata, setakat jam 8.45 pagi waktu tempatan (Laut Mediterranean), flotila itu sudah semakin hampir dengan laluan kritikal yang ditetapkan pihak penganjur.
"Selepas ini kita akan memasuki perairan antarabangsa berhampiran Greece. Dari situ, kita menuju ke Zon Kuning, jaraknya 300km dari Gaza, manakala Zon Merah pula berada 100km dari pantai berkenaan. Kedua-dua zon ini sering menjadi lokasi pemintasan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata setiap peserta perlu lebih bersiap siaga sebaik flotila memasuki zon terbabit berikutan kemungkinan berdepan gangguan internet serta ancaman dron pengintip.
Menurutnya pada malam sebelumnya, dua dron dipercayai milik pihak pemerhati atau dari Israel dilihat berlegar berhampiran bot dinaikinya, Fair Lady, yang turut membawa aktivis dan personaliti media sosial Nurharahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee.
"Sejak pagi tadi, bot bergerak amat perlahan kerana keadaan laut yang tenang tanpa angin. Ketika ini, kami mengambil peluang untuk melakukan kerja pembersihan, membaiki kerosakan dan mengisi minyak dari bot besar sementara menunggu arahan seterusnya," katanya.
Pelayaran GSF membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadual tiba di perairan Gaza hujung bulan ini. Ia membabitkan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.
Pelayaran keamanan GSF diharap mampu menarik perhatian kerajaan seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Israel sehingga genosid terhadap Gaza dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk.
Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah penaung Sumud Nusantara yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Filipina dan Thailand.
Anwar menerusi hantaran di Facebook semalam menzahirkan doa masyarakat Malaysia bagi mengiringi misi berkenaan, yang diharap dapat membawa sinar harapan kepada penduduk Gaza serta menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Konvoi GSF yang melibatkan 38 bot kini memasuki hari kelima pelayaran dan menghampiri perairan Greece sebelum menuju ke Zon Kuning, kira-kira 300 kilometer dari Pantai Gaza, yang sering menjadi lokasi pemintasan.
- Peserta termasuk sukarelawan Malaysia di bawah panji Sumud Nusantara dinasihatkan bersiap siaga menghadapi kemungkinan gangguan internet dan ancaman dron pengintip, selepas dua dron dipercayai milik pemerhati dilihat berlegar berhampiran bot Fair Lady.
- Misi GSF membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan serta mesej keamanan, dengan harapan menarik perhatian dunia untuk memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan genosid di Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan masuk.