DUNIA
Global Sumud Flotilla hampiri persisir utara Mesir - Penganjur
Flotila itu dijangka belayar dalam beberapa jam menuju ke perairan utara bandar Alexandria. - Gambar Facebook Cinta Gaza Malaysia
ISTANBUL: Flotila bantuan Global Sumud ke Gaza tiba di perairan utara Marsa Matrouh di pantai Mediterranean Mesir, menurut penganjurnya pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA).
Menurut Jawatankuasa Antarabangsa bagi Membanteras Sekatan Gaza, flotila itu dijangka belayar dalam beberapa jam menuju ke perairan utara bandar Alexandria.
"Kami menjangkakan Zionis melakukan jenayah perang terhadap kami pada bila-bila masa ketika kami semakin hampir dengan Gaza," menurut jawatankuasa itu menerusi kenyataan di platform media sosial X.
Dalam perkembangan berasingan, Global Sumud Flotilla memaklumkan dua kapal utama mereka, OHWAYLA dan ALL IN, kini berada hanya 366 batu nautika (678 kilometer) dari Gaza, dengan jangkaan tiba dalam tempoh tiga hingga empat hari.
"Flotila kami kini berjumlah 44 kapal, diperkuatkan dengan pelancaran dua bot baharu yang sedang belayar menyertai flotila.
"Dalam tempoh dua hari lagi, flotila ini akan memasuki zon berisiko tinggi.
"Tekad kami tidak berbelah bahagi, namun inilah saat di mana kepekaan dan solidariti global amat diperlukan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, jawatankuasa itu memaklumkan akan menghantar sebuah kapal khas membawa wartawan serta petugas perubatan ke Gaza yang dikenakan sekatan Israel.
Dalam satu kenyataan, ia menjelaskan, kapal berkenaan yang dijadual berlayar pada 1 Okt akan membawa lebih 100 wakil media antarabangsa dan doktor.
Flotila terbabit berlayar awal bulan ini dengan tujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza serta menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke wilayah yang dilanda perang itu.
Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya lintasan Gaza, menghalang kemasukan makanan dan konvoi bantuan, sekali gus memburukkan keadaan kebuluran di wilayah berkenaan.
Hanya bekalan terhad dibenarkan masuk secara berselang-seli, namun banyak yang dirampas kumpulan bersenjata yang menurut pihak berkuasa Gaza dilindungi Israel.
Israel, sebagai kuasa pendudukan, mempunyai rekod memintas kapal menuju Gaza, merampas bot serta mengusir aktivis. Pengkritik menyifatkan tindakan itu sebagai lanun laut.
Tentera Israel telah membunuh lebih 66,000 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA