DUNIA
Global Sumud Flotilla nafi dakwaan Israel, ikrar teruskan misi ke Gaza
Kenyataan itu dikongsi menerusi satu hantaran di laman Instagram penyanyi Zizi Kirana hari ini.
KUALA LUMPUR : Global Sumud Flotilla (GSF) menegaskan akan terus berlayar ke Gaza meskipun berdepan usaha Israel yang memfitnah dan cuba menjejaskan kredibiliti misi kemanusiaan itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, GSF menyifatkan dakwaan Israel kononnya flotila itu sebagai 'ancaman keselamatan' sebagai tidak benar serta sebahagian daripada usaha berterusan untuk menafikan dan menghalang bantuan kemanusiaan.
“Bagi banyak pihak, retorik ini seiring dengan pola lebih luas Israel yang menafikan usaha bantuan dan mencari alasan untuk menggunakan kekerasan terhadap sukarelawan kemanusiaan yang datang secara aman.
"Peningkatan retorik Israel ini berlaku pada waktu beberapa dron yang tidak dikenali asalnya telah dilihat mengekori armada, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan para peserta," jelas kenyataan itu.
GSF menegaskan, undang-undang antarabangsa jelas melindungi orang awam yang terbabit dalam misi kemanusiaan, dan sebarang serangan atau halangan terhadap flotila tersebut akan melanggar Konvensyen Geneva.
Kenyataan itu turut menekankan bahawa usaha memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza adalah tindakan sah, memandangkan Gaza masih memiliki kedaulatan ke atas perairannya.
Ujar GSF lagi, flotila itu berlayar dalam kerangka undang-undang untuk menghantar bantuan serta mencabar pelanggaran Israel, dengan prinsip tersebut turut diperkukuh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mengarahkan Israel memudahkan bantuan kemanusiaan dan tidak menghalangnya.
"Cubaan Israel untuk menjenamakan misi ini sebagai tidak sah adalah usaha menulis semula undang-undang antarabangsa dan menutup jenayah perangnya sendiri.
"Dunia mesti menolak pembohongan ini, mempertahankan tindakan kemanusiaan, melindungi lebih 500 sukarelawan yang belayar untuk memecahkan kepungan, dan bertindak tegas untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza," ujar kenyataan itu.
Walaupun berdepan cabaran, GSF menegaskan pihaknya tetap meneruskan misi ke Gaza, yang kini berdepan pengeboman berterusan, kebuluran dan pemindahan besar-besaran akibat tindakan Israel.
GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini