GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
DUNIA

Global Sumud Flotilla: Peserta dinafikan akses peguam - ADALAH

Farhan Hakimi 02/10/2025 | 15:00 MYT
Menurut ADALAH, prosiding itu dijalankan tanpa sebarang notis awal kepada peguam selain akses peserta kepada khidmat guaman dinafikan.
KUALA LUMPUR: Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) memaklumkan peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera rejim Israel, dinafikan khidmat guaman.

GSF dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, perkara itu dimaklumkan ADALAH susulan panggilan telefon diterima pihaknya daripada peserta yang melaporkan pihak berkuasa imigresen memulakan pendengaran berhubung perintah pengusiran dan penahanan mereka di Pelabuhan Ashdod.

Menurut ADALAH, prosiding itu dijalankan tanpa sebarang notis awal kepada peguam selain akses peserta kepada khidmat guaman dinafikan.

Ujar GSF, tindakan ini disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap proses yang sewajarnya serta penafian hak asasi peserta.

Dalam pada itu, ADALAH menegaskan akan terus berusaha mendapatkan akses serta mengambil tindakan undang-undang yang perlu.


#Global Sumud Flotilla #bantuan guaman #Israel tahan #Delegasi ditahan