DUNIA
Global Sumud Flotilla: Tentera laut Turkiye dilapor iringi kapal GSF
Beberapa kapal tentera laut Turkiye dilaporkan mula mengiringi kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza. - Foto media sosial
BEBERAPA kapal tentera laut Turkiye dilaporkan mula mengiringi kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza.
Menerusi beberapa perkongsian yang tular di laman media sosial dan laporan media antarabangsa, kapal-kapal tersebut dilihat dirakamkan oleh peserta GSF.
Langkah itu menyaksikan Turkiye menyertai Sepanyol dan Itali yang sudah berbuat demikian beberapa hari lalu.
Terdahulu, Turkiye juga telah memindahkan penumpang dari kapal Johnny M selepas kapal tersebut mula dimasuki air.
Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tentera darat Turkiye juga dilaporkan terbang di ruang udara flotila selama 30 jam bagi melindunginya daripada sebarang serangan.