Golden Bullet Awards rai pemain PUBG Mobile Malaysia dan Singapura

eGG Network
November 27, 2021 02:00 MYT
Jangan lupa saksikan Golden Bullet Awards pada 5.00pm, 28 November 2021 ini hanya di laman Facebook eGG Network dan Astro Ch800, serta di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia. -eGGNetwork
BAHANG PMPL MY/SG S4 masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4 pada Golden Bullet Awards yang julung kali diadakan.
Pengarah PUBG Mobile, Asia Tenggara, Oliver Ye berkata, walaupun dunia dilanda musibah pandemik COVID-19, terdapat peningkatan dalam industri esports tempatan.
"Sehubungan dengan itu, MDEC dengan eGG Network ingin meraikan pemain profesional esports Malaysia dan Singapura.
Para pemain akan dihiburkan dengan persembahan Masya Masyitah yang popular dengan lagu Mandarin ‘Jiu Meng Xin Su’ dan ‘Remuk’, juga akan menyampaikan dua anugerah khas bagi kategori Best Ingame Leader dan Best Performance Team pada majlis berprestiji itu.
“Ini merupakan sebuah penghargaan buat saya kerana dijemput untuk memeriahkan serta menghiburkan golongan esports di Malaysia dan Singapura.
“Terima kasih di atas kesudian ini kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada majlis anugerah yang pertama seumpamanya ini.
Pengerusi Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam berkata MDEC mahu mewujudkan lebih peluang buat anak-anak muda negara dan komuniti berkaitan dalam arena esports dan dengan adanya Golden Bullet Awards, semoga lebih banyak inisiatif bakal menyusul kelak.
Jangan lupa saksikan Golden Bullet Awards pada jam 5 petang, 28 November 2021 ini hanya di laman Facebook eGG Network dan Astro Ch800, serta di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia.

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#Oliver Ye #Golden Bullet Awards #Masya Masyitah #Gopi Ganesalingam #English News