DUNIA
Google labur AS$15 bilion bina hab data AI di India
Syarikat induk Google, Alphabet Inc., akan melabur AS$15 bilion (RM63.5 bilion) untuk membangunkan sebuah hab data kecerdasan buatan (AI) di negeri Andhra Pradesh, selatan India. - Gambar fail
NEW DELHI: SYARIKAT induk Google, Alphabet Inc., akan melabur AS$15 bilion (RM63.5 bilion) untuk membangunkan sebuah hab data kecerdasan buatan (AI) di negeri Andhra Pradesh, selatan India.
Kemudahan itu akan dibina di bandar pelabuhan Visakhapatnam dan menjadi sebahagian daripada rangkaian pusat AI global Google yang kini beroperasi di 12 negara.
“Ia merupakan hab AI terbesar yang akan kami bangunkan di luar Amerika Syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Google Cloud, Thomas Kurian, pada satu majlis di ibu negara, New Delhi, pada Selasa, sambil menambah bahawa pelaburan itu akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pengumuman itu dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebelum ini menyeru syarikat-syarikat Amerika memberi keutamaan kepada pelaburan dalam negara.
India kini muncul sebagai destinasi utama bagi pembinaan pusat data AI.
Kos data yang rendah serta pertumbuhan pesat pengguna internet menjadikan negara itu hab penting bagi pengembangan teknologi awan dan AI oleh syarikat gergasi teknologi global.
Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai berkata, kemudahan itu “akan membawa teknologi termaju kami kepada perusahaan dan pengguna di India, mempercepat inovasi AI serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.”
Menurut kerajaan Andhra Pradesh, perjanjian rasmi untuk memuktamadkan projek berkenaan akan ditandatangani pada Selasa.
“Ia satu lonjakan besar bagi masa depan digital, inovasi dan kedudukan global negeri kami,” kata Menteri Teknologi Andhra Pradesh, Nara Lokesh.
Projek berkenaan akan menggabungkan infrastruktur awan dan AI dengan sistem tenaga boleh diperbaharui serta rangkaian gentian optik yang dipertingkatkan.
Menurut laporan Bloomberg, projek itu adalah sebahagian daripada pelan kerajaan Andhra Pradesh untuk membangunkan kapasiti pusat data sebanyak 6 gigawatt menjelang 2029.
Pusat data ialah kemudahan fizikal yang menempatkan peralatan pengkomputeran dan rangkaian bagi mengumpul, memproses, menyimpan serta mengagihkan data. Ia dilengkapi pelayan, sistem penyimpanan dan peralatan rangkaian seperti router dan firewall, selain sistem kuasa dan penyejukan bagi memastikan operasi stabil.
Di Andhra Pradesh, kerajaan negeri menawarkan tanah dan bekalan elektrik bersubsidi bagi menarik pelabur global.
Industri pusat data India berkembang pesat dalam tempoh lima tahun lalu, melepasi kapasiti 1GW pada 2024 - hampir tiga kali ganda berbanding tahap pada 2019, menurut laporan India Data Centre Market Dynamics 2024 oleh firma perkhidmatan profesional global JLL. - Agensi