SYARIKAT teknologi Amerika Syarikat, Google hari ini mengumumkan penggantungan perkhidmatannya untuk syarikat China, Huawei, sekali gus membuatkan mereka dalam keadaan terumbang-ambing mengenai perancangan masa depan perkakasan, perisian dan teknikalnya.
Memetik laporan Reuters, hal tersebut merupakan tamparan terbaru bagi Huawei dalam usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menyenarai hitam syarikat teknologi itu di seluruh dunia.
Namun, perkhidmatan Google masih boleh diakses menggunakan telefon pintar Huawei menerusi lesen secara sumber terbuka (open source).
Pengguna telefon pintar Huawei sedia ada juga masih boleh mengguna dan memuat turun kemas kini aplikasi yang ditawarkan Google, kata seorang jurucakap Google kepada Reuters.
“Kami sedang mematuhi arahan dan mengkaji apa-apa implikasi yang berlaku,” kata jurucakap berkenaan.
Katanya; “Bagi pengguna perkhidmatan Google, Google Play, serta perlindungan keselamatan Google Play Protect, mereka boleh kekal menggunakan perkhidmatan tersebut pada peranti Huawei sedia ada.”
Akaun rasmi Android di Twitter mengesahkan perkara tersebut:
Ia sekali gus mengakibatkan impak besar kepada pasaran telefon pintar Huawei di luar China memandangkan syarikat itu akan hilang akses kepada kemas kini untuk sistem operasi Android.
Telefon pintar Huawei yang akan dikeluarkan pada masa akan datang bakal hilang akses kepada perkhidmatan popular, termasuk Google Play Store, aplikasi Gmail dan YouTube.
“Huawei hanya akan dibenarkan mengguna versi Android yang boleh diakses secara awam (open source), manakala aplikasi dan perkhidmatan proprietari milik Google pula tidak boleh diakses,” kata seorang sumber dalam laporan eksklusif Reuters.
Mulai sekarang, Google tidak lagi memberi Huawei akses, sokongan teknikal serta kolaborasi melibatkan aplikasi dan perkhidmatan propietari miliknya, menurut sumber tersebut.
Namun, Huawei berkata bahawa sejak beberapa tahun lepas, syarikat itu telah menyediakan rancangan kontigensi dan membangunkan teknologinya sendiri sekiranya disekat daripada menggunakan Android.
Kata pihaknya, sebahagian daripada teknologi tersebut telah mula digunakan dalam beberapa produk yang dijual di China.
“Tidak kisah apa yang berlaku, masyarakat Android tidak mempunyai hak undang-undang untuk menghalang mana-mana syarikat daripada mengakses lesen sumber terbuka,” kata Timbalan Pengerusi Huawei Eric Xu dalam temubual bersama Reuters pada Mac lalu.
Bagaimanapun, aplikasi popular Google seperti Gmail, YouTube dan pelayar Chrome akan hilang daripada peranti Huawei yang dikeluarkan pada masa depan kerana aplikasi tersebut tidak disokong menerusi sistem operasi versi sumber terbuka.
Hanya pengguna telefon pintar Huawei sedia ada yang boleh mengakses Google Play Store lalu masih boleh memuat turun kemas kini aplikasi yang ditawarkan Google.
Isu ini juga tidak akan menjejaskan pengguna Huawei di China memandangkan kebanyakan aplikasi Google telah diharamkan di negara itu.
Kerajaan Amerika di bawah pimpinan Donald Trump pada Khamis lalu meletakkan Huawei Technologies Co Ltd dalam senarai hitam sekali gus menyukarkan syarikat itu untuk beroperasi dengan pihak di Amerika Syarikat (AS).
Pasaran Huawei di Eropah yang merupakan pasaran kedua terbesar syarikat itu mungkin akan terjejas kerana perkhidmatannya dilesenkan menerusi Google di Eropah.
BACA: Huawei saman kerajaan Amerika Syarikat
Agensi
Mon May 20 2019

Kerajaan Trump pada Khamis meletakkan Huawei Technologies Co Ltd dalam senarai hitam sekali gus menyukarkan syarikat itu untuk beroperasi dengan pihak di Amerika Syarikat (AS). - Gambar fail/REUTERS

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Biden mahu kekalkan sekatan perjalanan pelawat Eropah, Brazil - Jurucakap
Atas nasihat pasukan perubatan kami, Pentadbiran tidak berhasrat menarik semula sekatan ini pada 26 Januari, kata Jen Psaki.

Trump tamatkan larangan masuk untuk Schengen, UK, Brazil bermula 26 Jan
Trump menjelaskan negara terlibat memberikan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), berkongsi rekod ujian COVID-19 yang tepat serta terkini.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 95 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24 juta kes.

COVID-19 ragut nyawa lebih 2.03 juta di seluruh dunia
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 398,000 kes.

Capitol AS ditutup sementara susulan kebakaran di kawasan berdekatan
Kebakaran itu bagaimanapun telah pun dipadamkan dan ia dilaporkan tidak memberi sebarang ancaman kepada orang ramai.

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2.02 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 23.87 juta kes.