Gorila 'kacak' jadi kegilaan wanita di Jepun

Madiha Abdullah
Jun 29, 2015 04:42 MYT
Shabani dilabel sebagai 'kacak' oleh pengunjung wanita.
KITA biasa mendengar kisah bagaimana mereka yang punya rupa paras tampan dan cantik tiba-tiba sahaja menjadi perbualan di laman sosial.
Tetapi cerita yang satu ini agak berbeza kerana ia bukan membabitkan manusia, sebaliknya gorila!
Mari berkenalan dengan Shabani. Shabani merupakan seekor gorila berusia 18 tahun yang tinggal di Zoo Higashiyama dan Taman Botani, di Nagoya, Jepun.
Shabani menjadi tumpuan pengunjung zoo berkenaan kerana karakter fotogenik yang dimilikinya, selain perwatakannya yang nampak 'cool'. Malah ia dilabel sebagai gorila kacak oleh pengunjung wanita.

#BlueSteel #Shabani pic.twitter.com/I83Ccd27CE

— jamie k (@jamiebeth1) June 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Shabani strikes a pose pic.twitter.com/NHCrWzSRf6

— Luce (@lucypeta) June 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Shabani the gorilla takes better candids than all of us pic.twitter.com/0JF1xH3Lnw

— Andrea's Choice (@AndreasChoice) June 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

People are losing their cool over this hot, meme-worthy gorilla http://t.co/VMeSyGdanQ #japan pic.twitter.com/nXU69L9c2n

— Mashable (@mashable) June 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jurucakap zoo berkenaan mengakui terkejut apabila Shabani menjadi tumpuan, dan menyifatkannya sebagai fenomena luar biasa yang berjaya dicipta di media sosial.
Shabani berasal dari Belanda namun membesar di Australia, sebelum dibawa ke Jepun. Ia mempunyai dua pasangan, Ai dan Nene, serta dua anak, Annie and Kiyomasi.
#gorila #Shabani #Zoo Higashiyama