Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan

Astro Awani
Jun 20, 2023 07:27 MYT
Syarikat Grab Holdings yang berpangkalan di Singapura merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik COVID-19, menurut laporan Bloomberg News. - Fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Syarikat Grab Holdings yang berpangkalan di Singapura merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik COVID-19.
Menurut laporan Bloomberg News yang memetik sumber, pemberhentian pekerja itu dijadual diumumkan seawal minggu ini.
Jumlah pekerja yang diberhentikan juga dijangka melepasi jumlah pada 2020 iaitu sebanyak 5 peratus atau kira-kira 360 kakitangan yang dibuang.
Pada Februari lalu, Grab mengunjurkan pendapatan yang memberangsangkan pada 2023, iaitu antara AS$2.20 bilion dan AS$2.30 bilion. - Agensi
#grab holdings #pemberhentian pekerja #Singapura #bisnes