awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Greece bergelut padam puluhan kebakaran hutan di tengah kemarau

Bernama
Bernama
10/07/2025
10:36 MYT
Greece bergelut padam puluhan kebakaran hutan di tengah kemarau
Dalam tempoh 24 jam, 55 lagi kebakaran hutan dan belukar dilaporkan berlaku di seluruh negara, menurut jurucakap kesatuan perkhidmatan bomba Kostas Tsigas. - AP
ATHENS: Pihak berkuasa Greece pada Khamis memaklumkan bahawa puluhan kebakaran hutan meletus di seluruh Greece dalam tempoh 24 jam lepas, ketika pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran besar di utara Athens selepas bertungkus lumus memadam api sepanjang malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kebakaran yang bermula di wilayah Oropos, kira-kira 60 kilometer dari ibu negara, berjaya dikawal selepas beberapa jam usaha memadam kebakaran dilakukan.
Dalam tempoh 24 jam, 55 lagi kebakaran hutan dan belukar dilaporkan berlaku di seluruh negara, menurut jurucakap kesatuan perkhidmatan bomba Kostas Tsigas.
"Dengan bantuan helikopter pemadam kebakaran pada waktu siang, kita mesti segera memadamkan baki titik panas sebelum angin kencang melanda lewat hari ini," kata Tsigas kepada radio kerajaan Greece.
Satu lagi kebakaran berlaku di pulau percutian Thasos, yang menyebabkan sebuah hotel dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga akibat asap tebal. Beberapa kawasan di pulau itu juga mengalami gangguan bekalan elektrik, namun kebakaran itu berjaya dikawal kemudian, menurut perkhidmatan bomba.
Di negara jiran Macedonia Utara, beberapa kebakaran hutan turut dilaporkan. Greece telah menghantar dua pesawat pemadam kebakaran dan anggota untuk membantu jirannya.
Pihak berkuasa perlindungan awam telah mengeluarkan amaran baharu, dengan menyatakan bahawa angin kencang dan keadaan kemarau yang berpanjangan boleh menyebabkan kebakaran kecil merebak di luar kawalan dengan cepat. Sebahagian besar kawasan di Greece masih berada pada tahap risiko kebakaran kedua tertinggi, menurut peta bahaya kebakaran terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Greece
#kebakaran hutan
#bomba
#Athens
#oropos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan