DUNIA
Greece hentikan pemprosesan permohonan suaka dari Libya
Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis bercakap pada satu sesi parlimen mengenai dasar migrasi di Athens, 9 Julai 2025. (Foto AP)
ATHENS: Kerajaan Greece pada Rabu mengumumkan akan menghentikan pemprosesan permohonan suaka bagi pendatang yang tiba melalui laut dari Libya selama sekurang-kurangnya tiga bulan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis berkata pendatang yang kini tiba dalam jumlah besar di Pulau Crete juga akan ditahan, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai rancangan berkenaan.
Beliau memaklumkan bahawa Suruhanjaya Eropah telah dimaklumkan, dan undang-undang baharu berkaitan perkara ini akan diluluskan pada Khamis.
Pada Selasa malam, usaha Suruhanjaya Eropah untuk membincangkan peningkatan jumlah pendatang bersama pihak berkuasa Libya tergendala apabila delegasi EU tidak diterima oleh pemerintah tempatan di timur Libya.
Pertemuan yang dirancang dengan wakil Angkatan Tentera Arab Libya tidak dapat dilaksanakan kerana "isu protokol," menurut jurucakap Pesuruhjaya Migrasi EU, Brunner, pada Rabu.
Brunner bersama menteri migrasi dari Greece, Malta dan Itali sebelum itu telah bertemu dengan kerajaan yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Perdana Menteri Abdul Hamid Dbeibeh di Tripoli, barat Libya.
Namun, di Benghazi, kerajaan sementara di bawah pemangku Perdana Menteri Osama Hammad dan Jeneral Khalifa Haftar yang tidak diiktiraf antarabangsa enggan menerima ketibaan delegasi berkenaan.
"Mesyuarat yang dirancang di Benghazi akhirnya tidak dapat diadakan," tulis Brunner di platform media sosial X.
Perang saudara tercetus di Libya selepas kejatuhan pemerintahan Muammar Gaddafi pada 2011.
Kini terdapat dua puak yang bersaing untuk berkuasa: satu berpangkalan di Tobruk, timur Libya yang disokong Haftar dan dipimpin Hammad, manakala satu lagi Kerajaan Perpaduan Kebangsaan yang diiktiraf PBB di bawah Dbeibeh di Tripoli.
-- BERNAMA