Ringkasan AI
- Parlimen Greece meluluskan undang-undang melarang kanak-kanak bawah 15 tahun menggunakan media sosial, berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2027.
- Undang-undang ini mewajibkan platform media sosial melaksanakan sistem pengesahan umur yang lebih ketat atau berdepan denda dan tindakan penguatkuasaan.
- Langkah tersebut bertujuan melindungi kesihatan mental kanak-kanak, namun menerima kritikan daripada kumpulan kebebasan bersuara dan penganalisis digital.
ATHENS: Parlimen Greece pada Jumaat meluluskan undang-undang baharu yang melarang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan platform media sosial, sekali gus menyertai senarai negara yang memperketat kawalan keselamatan digital bagi golongan muda.
Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, menyifatkan keputusan itu sebagai langkah sukar tetapi perlu bagi melindungi kebajikan dan kesihatan mental generasi muda negara itu, lapor AFP.
Parti pemerintah New Democracy pimpinan Mitsotakis menggunakan majoriti yang dimilikinya di parlimen untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan selepas perbahasan hangat yang bermula sejak Khamis.
Bagaimanapun, rang undang-undang itu tidak mendapat sokongan parti lain apabila parti pembangkang utama, PASOK, memilih untuk berkecuali manakala beberapa parti sayap kiri dan nasionalis mengundi menentangnya.
Undang-undang yang dijadual berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Jan 2027 itu mewajibkan pengendali platform media sosial melaksanakan sistem pengesahan umur yang lebih ketat.
Kegagalan mematuhi peraturan berkenaan boleh menyebabkan syarikat teknologi berdepan denda dan tindakan penguatkuasaan.
Langkah itu diambil susulan kebimbangan berhubung penggunaan algoritma media sosial yang dikhuatiri menggalakkan ketagihan penggunaan skrin serta menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.
Walaupun mendapat kelulusan parlimen, undang-undang itu menerima kritikan daripada kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta sebahagian penganalisis digital yang mempersoalkan keberkesanan mekanisme pengesahan umur yang dicadangkan.
Australia sebelum ini menjadi negara pertama yang melaksanakan larangan seumpama itu terhadap pengguna di bawah usia 16 tahun, manakala lebih 20 negara lain telah memperkenalkan atau meluluskan langkah kawalan digital yang serupa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah undang-undang baharu yang diluluskan oleh Parlimen Greece berkaitan media sosial?
A: Parlimen Greece meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan platform media sosial. - Q: Bilakah undang-undang larangan penggunaan media sosial untuk bawah 15 tahun di Greece akan berkuat kuasa sepenuhnya?
A: Undang-undang tersebut dijadual berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2027. - Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pengendali platform media sosial di Greece menurut undang-undang baharu ini?
A: Pengendali platform media sosial diwajibkan melaksanakan sistem pengesahan umur yang lebih ketat. - Q: Apakah risiko yang dihadapi syarikat teknologi jika gagal mematuhi undang-undang baharu Greece ini?
A: Syarikat teknologi boleh berdepan denda dan tindakan penguatkuasaan jika gagal mematuhi peraturan tersebut. - Q: Apakah sebab utama Greece memperkenalkan undang-undang ini?
A: Undang-undang ini diperkenalkan susulan kebimbangan terhadap penggunaan algoritma media sosial yang dikhuatiri menggalakkan ketagihan skrin dan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.