DUNIA
Greece perketat undang-undang senjata api selepas insiden di Crete
Hukuman bagi kesalahan memiliki senjata api secara haram di Greece akan diperketat. - Gambar hiasan
ATHENS: Greece akan memperketat undang-undang pemilikan senjata api secara haram bagi membendung peningkatan keganasan senjata api, kata Menteri Perlindungan Warganegara Michalis Chrysochoidis pada Jumaat, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Hukuman bagi kesalahan memiliki senjata api secara haram akan diperketat, manakala pesalah berulang bakal berdepan hukuman lebih berat di bawah rang undang-undang baharu yang akan dibentangkan di Parlimen dalam beberapa hari lagi, kata beliau.
Perundangan itu turut menetapkan peraturan lebih ketat bagi pengeluaran lesen senjata api yang sah, termasuk untuk tujuan sukan menembak.
Chrysochoidis mengumumkan langkah itu pada sidang akhbar di Crete, beberapa hari selepas kejadian berbalas tembakan antara dua keluarga yang bersengketa di kawasan berhampiran Heraklion, mengorbankan dua nyawa akibat pertikaian tanah.
Namun, pulau itu masih kekal antara wilayah paling selamat di Greece, dengan hanya mencatat kira-kira dua peratus daripada jumlah kes kecurian di seluruh negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Greece akan memperketat undang-undang pemilikan senjata api secara haram bagi mengawal peningkatan keganasan senjata api, kata Menteri Perlindungan Warganegara Michalis Chrysochoidis.
- Hukuman bagi kesalahan memiliki senjata api secara haram akan diperketat dan pesalah berulang akan dihukum lebih berat di bawah undang-undang baharu yang akan dikemukakan dalam beberapa hari.
- Langkah tersebut diumumkan selepas kejadian berbalas tembakan antara keluarga di Crete yang mengakibatkan dua kematian, namun pulau itu masih dianggap antara wilayah paling selamat di Greece.