awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Greta Thunberg, 11 aktivis lain akan diusir dari Israel

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2025
07:47 MYT
Greta Thunberg, 11 aktivis lain akan diusir dari Israel
Kapal layar berdaftar di United Kingdom itu, yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, ditahan oleh pasukan komando Israel pada awal pagi Isnin ketika menghampiri perairan Gaza - Foto/REUTERS
KUALA LUMPUR: Aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg, bersama 11 aktivis pro-Palestin lain, dilaporkan telah dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv untuk proses pengusiran, selepas kapal bantuan yang mereka naiki dihalang oleh tentera laut Israel daripada memasuki Gaza.
Menurut Kementerian Luar Israel, kapal tersebut telah ditunda ke pelabuhan Ashdod, dan kesemua aktivis dibawa ke pusat tahanan di Ramle sebelum dipindahkan ke lapangan terbang.
Kementerian itu menyatakan bahawa sebahagian daripada penumpang dijangka meninggalkan Israel dalam beberapa jam akan datang.
"Mereka yang enggan menandatangani dokumen pengusiran dan meninggalkan Israel akan dibawa kepada pihak berkuasa kehakiman, mengikut undang-undang Israel, bagi membenarkan pengusiran mereka," katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Reuters.
Kapal layar berdaftar di United Kingdom itu, yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, ditahan oleh pasukan komando Israel pada awal pagi Isnin ketika menghampiri perairan Gaza.
Kapal tersebut membawa muatan bantuan kemanusiaan, termasuk beras dan susu formula bayi, sebagai usaha untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Freedom Flotilla Coalition menyatakan bahawa aktivis mereka telah "diculik oleh tentera Israel" dan menegaskan tindakan Israel menyerbu kapal di perairan antarabangsa adalah tidak sah.
Thunberg dan aktivis yang bersamanya dalam misi kemanusiaan berkenaan berhasrat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sivil atas kesengsaraan yang dialami penduduk di Gaza.
Sejurus selepas ditahan di perairan antarabangsa, Thunberg tanpa membuang masa telah menyiarkan sebuah klip video pendek di beberapa platform laman sosial.
Topic Berkaitan
#Greta Thunberg
#misi bantuan kemanusiaan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan