Greta Thunberg seru seluruh dunia sertai bantahan pencemaran alam sekitar

Agensi
November 29, 2019 15:33 MYT
Greta Thunberg sekali lagi menyeru orang ramai dari seluruh pelusuk dunia untuk menyertai bantahan pencemaran alam sekitar. Foto: Reuters
AKTIVIS alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg sekali lagi menyeru orang ramai dari seluruh pelusuk dunia untuk menyertai bantahan pencemaran alam sekitar.
Bantahan yang dikenali sebagai #ClimateStrike itu sebelum ini mencetus ilham kepada remaja dan pelajar seluruh dunia untuk berkumpul setiap Jumaat dengan seruan 'Fridays for future' bagi mendesak golongan dewasa bertindak segera menyelamatkan bumi.
Menerusi perkongsian di Facebook dan Instagramnya, Greta memaklumkan pada sesi bantahan September lalu, lebih 7.5 juta orang seluruh dunia menyertai bantahan tersebut.
"Lebih 7.5 juta orang menyertai bantahan pada September lalu. Esok (Jumaat), akan berlakunya satu lagi bantahan. Orang ramai digesa menyertainay!," katanya.

In September 7,5 million people around the world took to the streets. Tomorrow were doing it again. Everyones needed. Everyones welcome. Join us! #FridaysForFuture #ClimateStrike #schoolstrike4climate

— Greta Thunberg (@GretaThunberg) November 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, orang awam di Amerika Syarikat dijangka menyertai bantahan tersebut seiring dengan sambutan Black Friday.
Menurut pihak penganjur, bantahan kali ini dijangka akan disertai lebih ramai anak muda tetapi ini tidak bermakna usaha dari orang dewasa tidak diperlukan.
BACA: Degil enggan terbang pulang, Greta sekali lagi harung lautan
BACA: Remaja penyelamat dunia tolak hadiah hampir suku juta
Malah, tenaga dari orang dewasa lebih diperluaskan untuk menangani isu pencemaran alam ini.
Pastinya, bantahan kali ini menyuarakan keinginan anak muda buat pemimpin dunia untuk segera mengambil langkah yang sepatutnya bagi isu ini.
Satu lagi bantahan dijangkan akan diadakan pada 6 Disember nanti.
#Bantahan #ClimateStrike #Greta Thunberg #pencemaran alam sekitar