DUNIA
GSF: Israel adakan perbicaraan pengusiran aktivis flotila bantuan ke Gaza - Pusat undang-undang
Pihak berkuasa Israel pada Khamis mula mengadakan perbicaraan pengusiran terhadap aktivis yang ditahan daripada flotila bantuan antarabangsa menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung. - Foto REUTERS/Ammar Awad
ISTANBUL: Pihak berkuasa Israel pada Khamis mula mengadakan perbicaraan pengusiran terhadap aktivis yang ditahan daripada flotila bantuan antarabangsa menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik kenyataan sebuah pusat undang-undang.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, Adalah, pusat undang-undang pertama yang dikendalikan oleh rakyat Arab Palestin di Israel memaklumkan yang ia menerima panggilan daripada peserta flotila yang melaporkan pegawai imigresen memulakan sesi perbicaraan berkaitan penahanan dan perintah pengusiran mereka di Pelabuhan Ashdod, sejurus selepas pasukan tentera laut Israel menggempur puluhan kapal flotila lewat Rabu dan awal pagi Khamis.
"Proses ini dimulakan tanpa sebarang notis awal kepada peguam mereka dan dalam masa yang sama menafikan akses peserta kepada khidmat guaman," kata Adalah.
Ia menyifatkan tindakan itu sebagai "pelanggaran serius terhadap proses keadilan dan penafian hak asasi peserta", sambil menegaskan yang mereka akan terus berusaha mendapatkan akses undang-undang dan mengambil tindakan perundangan jika perlu.
Adalah kemudian memaklumkan yang pasukan guamannya berjaya memasuki pelabuhan untuk bertemu dengan aktivis yang ditahan selepas sebelum itu dinafikan akses oleh pihak berkuasa Israel.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan ditahan
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Israel mula mengadakan perbicaraan pengusiran terhadap aktivis flotila bantuan di Pelabuhan Ashdod tanpa notis awal kepada peguam.
- Pusat undang-undang Adalah menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi peserta.
- Pasukan guaman Adalah akhirnya dibenarkan bertemu aktivis selepas pada awalnya dinafikan akses.