DUNIA
Guatemala bergolak, 46 dijadikan tebusan dalam rusuhan tiga penjara
Pasukan keselamatan Guatemala pada Sabtu berusaha mengawal semula tiga penjara selepas rusuhan yang menyaksikan 46 individu dijadikan tebusan, dipercayai didalangi geng yang menuntut keistimewaan tambahan. - Reuters
GUATEMALA CITY: Pasukan keselamatan Guatemala pada Sabtu berusaha mengawal semula tiga penjara selepas rusuhan yang menyaksikan 46 individu dijadikan tebusan, dipercayai didalangi geng yang menuntut keistimewaan tambahan.
Menteri Dalam Negeri, Marco Antonio Villeda, berkata rusuhan itu dikoordinasikan serentak di ketiga‑tiga fasiliti terbabit dan dipercayai dianjurkan oleh kumpulan Barrio 18.
Dilaporkan, ketua kumpulan Barrio 18 sedang menuntut pemindahan ke pusat tahanan lain bagi mendapatkan keadaan yang lebih baik serta layanan khas.
Di penjara keselamatan maksimum Renovacion 1 di Escuintla, banduan bertopeng dilaporkan menguasai menara kawalan, manakala polis dan tentera membentuk perimeter keselamatan di luar penjara dengan ambulans dan lori bomba bersiap sedia.
Ketua Polis, Jaime Martinez berkata, banduan turut membakar tilam sebagai protes terhadap pemeriksaan yang dijalankan sistem penjara.
Dalam pada itu, tebusan terdiri daripada majoriti anggota keselamatan dan seorang pakar psikologi, dengan pihak berkuasa melaporkan tiada kematian atau kecederaan setakat Sabtu petang.
Villeda turut menegaskan kerajaan tidak akan berunding dengan kumpulan yang beliau sifatkan sebagai pengganas dan tidak akan memulihkan apa‑apa bentuk keistimewaan kepada ketua geng.