awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi di Iceland kembali meletus

Bernama
Bernama
23/08/2024
04:10 MYT
Gunung berapi di Iceland kembali meletus
Gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland, meletus lagi pada Khamis menandakan letusan keenam di kawasan itu sejak Disember 2023. -Reuters
HELSINKI: Gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland, meletus lagi pada Khamis menandakan letusan keenam di kawasan itu sejak Disember 2023.
Kejadian berlaku pada 9.26 malam waktu tempatan (2126 GMT), susulan siri gempa bumi yang bermula pada 8.48 malam (2048 GMT) di kawasan kawah Sundhnuks, lapor Xinhua.
Menurut organisasi penyiaran perkhidmatan awam kebangsaan Iceland, RUV memetik Pejabat Meteorologi Iceland memaklumkan aktiviti seismik turut dilaporkan di hujung utara kawah termasuk gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter sekitar 11.30 malam waktu tempatan (2330 GMT).
Pakar dari Pejabat Meteorologi Iceland, Benedikt Ofeigsson memberitahu RUV bahawa letusan kali ini serupa dengan dua letusan sebelumnya.
ISAVIA, penyedia perkhidmatan lapangan terbang dan navigasi udara Iceland, mengesahkan bahawa aktiviti gunung berapi itu tidak mengganggu perjalanan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik, yang terletak di hujung Semenanjung Reykjanes.
Sejak 2021, Semenanjung Reykjanes menyaksikan peningkatan aktiviti seismik, termasuk beberapa letusan gunung berapi.
Letusan terakhir di Semenanjung Reykjanes berlaku pada 29 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Iceland
#Reykjanes
#Sundhnuks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan