DUNIA
Gunung berapi Ethiopia meletus buat kali pertama dalam tempoh ribuan tahun
Abu berhamburan akibat letusan gunung berapi Hayli Gubbi yang lama tidak aktif di Ethiopia, pada Ahad. - Gambar AP
DAKAR: Gunung berapi Hayli Gubbi di Ethiopia meletus buat kali pertama dalam tempoh ribuan tahun, lapor agensi berita Jerman dpa.
Menurut Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Perlindungan Awam Kesatuan Eropah (ECHO) pada Isnin, abu letusan setinggi 8.5 kilometer itu bergerak ke arah timur merentasi Semenanjung Arab.
Ruang udara di Yaman dan Oman antara kawasan yang terjejas, manakala imej satelit turut menunjukkan pelepasan sulfur dioksida.
Menurut ECHO, kira-kira 9,000 penduduk berada dalam lingkungan 30 kilometer dari kawasan gunung berapi dan berpotensi terjejas.
Balai Cerap Gunung Berapi di Toulouse, Perancis memaklumkan, letusan itu kini berakhir dengan debu terus bergerak menuju Pakistan.
Letusan itu dianggap sebagai aktiviti pertama Gunung Hayli Gubbi yang direkodkan sejak ribuan tahun dan sedang dipantau rapat oleh pakar.
Tiada penilaian lanjut mengenai kemungkinan kesan terhadap komuniti setempat setakat ini.
-- BERNAMA